Wednesday, April 16, 2014

Tragedi amsyar jatuh bilik air, mama sampai fobia nak mandikan amsyar

As'salammualaikum w.b.t...

Petang semalam adalah situasi yang sangat mencemaskan aku di mana amsyar terjatuh dalam bilik air masa nak mandi.. Menjerit aku bila lihat anak tersungkam ke lantai... Dah la beberapa hari lepas, dia tergelincir dalam sinki tapi mujur x ada apa-apa.. Hari nie jatuh lagi tapi kali nie nampak kesan biru dan benjol di dahinya.. En.hubby amek dan dukung amsyar sambil pujuk dan tuamkan dahinya..

Ligat juga amsyar nangis semalam.. Sampai menggigil badan aku di buatnya bila lihat anak menangis sampai x keluar suara.. Ya Allah cuainya la aku..

Semalam lepas bersihkan amsyar poo poo, aku nak mandikan la dia terus.. Dalam aku nak angkat amsyar masuk dalam bath tub.. tiba-tiba tangan aku cramp dan x boleh bergerak.. Tangan kanan je yang pegang amsyar.. Amsyar pulak dok melonjak-lonjak.. x sempat nak peluk dia, dia dah jatuh ke lantai..Mujur la time tu aku duduk atas bangku, kalau aku diri x tahu la camner.. Tu pun aku dah rasa tinggi dia jatuh..


Gara-gara tergelincir dalam sinki baru ni.. FIL pesan suruh mandikan amsyar dalam bilik air je.. Mandi dalam bilik pulak, amsyar x nak mandi dalam Baby Bather.. Masa dia kecik je nak.. Sekarang bila letak je mesti dia jerit x nak...Sama juga kalau mandi dalam besen baby.. Dia tetap x nak.. jadi aku mandikan samaada dia berdiri atau duduk dalam bath tub..

Masalah aku sekarang ni satu je, tangan aku nie.. Tahun lepas aku ada jatuh masa mendukung amsyar.. Tangan aku ada mengalami masalah sikit di mana masa jatuh tue, tangan sebelah kiri menahan ke lantai, lalu sendi di pergelangan tangan mengalami masalah.. sendi ada lari sikit dan sehingga ke hari ini masih x ok lagi.. Dekat setahun jugak la.. Mengurut dah banyak kali tapi tetap gitu jugak..


Mengurut sudah..pakai gad tangan pun sudah tapi tetap x ok jugak.. Hubby suruh pergi hospital tapi aku pulak takut.. takut kalau kena operate.. Sebab hari tu masa check dekat pakar perdana, doktor ada bagitahu kalau x ok kena operate.. Adeh!! lemah betul aku kalau dengar operate-operate ni huhu..

Bila degil x nak pergi hospital, maka terpaksa la lalui perkara yang sama.. Tangan cramp dan x boleh bergerak.. Amsyar pulak tengah lasak sekarang nie, jadi faham-faham je la.. Lepas kejadian semalam aku jadi trauma nak mandikan amsyar.. Aku takut kalau-kalau perkara yang sama berulang lagi.. adeh x de ke cara lain untuk pulihkan tangan aku ni huhu!..

Beberapa keping gambar Amsyar yang terbaru..besar dah budak tenit nie, kurang 3 hari lagi cukup 11 bulan...

Baru lepas bangun tido, terus ambil gambar..
mama ambil beberapa hari yang lepas..

Jalan-jalan di eon pengkalan

Siap nak gi G-Orange..


Note: Pagi nie benjol di kepalanya ada kurang sikit.. Tapi masih x sanggup nak tengok, sian Amsyar..tido malam tadi amsyar asyik mengingau nangis... maybe terkejut jatuh tue kot.. SORRY amsyar huhu..





kisah kehidupan Sinar Raudah

8 comments:

diana said...

nampak kacak pakai baju oren tu..nak beli baju oren la untuk Mikhail..heheh..

Akak pernah tengok kat medik Tv depa operate sendi..tu je cara yang paling berkesan kot Amy..jangan la takut..huhu..

Nurzakiah Hanum said...

:)COMELNYA DIA

adna^madhiha^ said...

kesian dia nama amsyar memng aktif budaknyer anak akak muhammad alif amsyar..

D.Shahril Hakime said...

alahai kesiannya AMsyar... sama macam nama anak awok...... ada bawak pegi klinik tak?? takut effect kat dalam.....

JunAina said...

Alahaiiii...ciannya dia.

Comeynya Amsyar...

Rizziela said...

sian Amsyar...terbawa2 dlm mimpi tu..x per...lain kali lebihkan perhatian utk si kecil..anak2 akk pun sama..nampak air memang duduk x senyap..susah kita nak kontrol

eelobor said...

semoga mama amsyar jgn cepat trauma. begitu lah bila permulaan ada anak kecil, kami dulu pun begitu juga terjadi kat muaz. bila dapat si muizz nie kena hati-hati lebih sket

anyss said...

Assalamualaikum,
operate je...nanti2 amysar akan lagi lasak, lagi susah nak urus dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger