Saturday, January 26, 2013

Selamat Pengantin Baru Mak Dara Terdiva




Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

* Haa yang selebihnya, nyanyi sendiri ye.. nak lagi layan boleh dengar lagunya di SINI..


"Barakallahu laka wa Baroka Alaika Wa Jama'a Bainakuma Fii Khaiir..."

Tahniah buat kak Firuz Ngadiman.. Untuk pengetahuan semua, Kak Firuz  merupakan seorang blogger yang aktif satu ketika dulu. Beliau lebih di kenali dengan panggilan MDT aka 'Mak Dara Terdiva'.. telah selamat mendirikan rumah tangga baru nie.. Tarikh x berapa pasti sebab aku dapat tahu pun dari facebook beliau. So di kesempatan ini aku ingin mengucapakan "Selamat Pengantin Baru buat MDT dan pasangan, Moga kekal ke anak cucu" Tahniah sekali lagi MDT dan saya tumpang gembira dengan berita ini ;)






kisah kehidupan Sinar Raudah

Friday, January 25, 2013

Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah) .. perginya penuh keredhaan..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu? ”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013(Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


Siti Hajar



Peringatan untuk kita semua , SUMBER From me For you









kisah kehidupan Sinar Raudah

Monday, January 21, 2013

Doakan agar ada rezeki buat kami.. perkhabaran kurang baik bila keguguran


As'salammualaikum w.b.t...

Camner nak cakap erk! Hurmmm.. Macam nie la, rasanya benda nie dah banyak kali sangat aku cite kat sini..  kalau ada yang mengikuti perkembangan aku pun pasti dah rasa loya, meluat dan menyampah.. ye lah asyik dok ulang benda yang sama je kan..

Sejujurnya aku x marah pun tapi sebaliknya, aku berterima kasih sangat sebab ada yang sudi bertanya khabar dan ini menunjukkan masih ada orang yang ambil berat tentang diri aku. Aku hargainya sangat!

Cuma buat masa nie apa yang boleh aku katakan hanyalah, doakan saja agar ada rezeki buat kami untuk menimang cahaya mata tahun nie..Siapa x nak anak kan! Tambahan pula, bila usia perkahwinan sudah memasuki tahun ke 4..

Bukan uolsss je x sabar nak dengar berita gembira nie malah kami lebih dari itu.. Jadi doakan yang baik-baik buat kami.. In Sha Allah kalau sudah sampai rezeki buat kami, akan aku kongsikan bersama teman-teman dan saudara mara di sini... Cuma buat masa nie, tiada apa yang aku ingin kongsikan di sini..

Ok bercerita mengenai zuriat, hari nie aku dapat perkhabaran yang kurang baik. Kakak ipar aku mengalami keguguran. Takziah pada abang dan kakak ipar aku. Aku faham perasaan dia ketika ini, tambahan pula ianya adalah cahaya mata pertama bagi mereka.. Harap abang dan kakak ipar aku tabah menghadapi dugaan ini. In Sha Allah lepas nie pasti ada rezeki lagi...


Note: " Baru nie fil ada minta seorang ustaz dari masjid Taman Uda untuk datang melihat keadaan rumah aku.. Ini kerana selepas kejadian tue, aku jadi lemah semangat sangat.. takut, mudah terkejut sampaikan terbawa-bawa dalam tido... Selepas di lihat ternyata ada benda yang cuba menganggu tapi bukan sihir atau apa cuma benda yang nak menumpang.. Menurut kata ustaz tersebut, rumah aku nie adalah laluan benda halus.. Kebetulan di belakang kawasan rumah nie , ada sekolah agama. dan sekolah tersebut sering berlaku gangguan2 jin nie...Harap pasni x de la , lagi gangguan seperti itu..."










kisah kehidupan Sinar Raudah

Saturday, January 19, 2013

Arab Saudi menetapkan syarat bagi mereka yang ingin menunaikan umrah


As'salammualaikum w.b.t...

Sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca Sinar Raudah. Untuk makluman semua, mulai tahun nie 2013 kerajaan Arab Saudi telah menetapkan syarat bagi mereka yang ingin menunaikan umrah.. Bagi wanita yang berumur bawah 45 tahun, anda kena ade mahram yang pergi bersama-sama.. tetapi sekiranya anda berumur 45 tahun ke atas, anda tidak memerlukan mahram dan bagi lelaki pula yang masih belum berumur 18 tahun, kena ade penjaga lelaki juga..

Sedikit info yang aku ambil dari Andalusia.. Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa


# Andalusia tidak boleh di pertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.


Note: Alhamdulillah dah baik dari demam, segala teka teki sudah terjawab.. nanti akan di kongsikan di entri akan datang ye.. tungguuuuuuuuuu!









kisah kehidupan Sinar Raudah

Wednesday, January 16, 2013

Demam terkejut


As'salammualaikum w.b.t...

I'm not in a good mood.. awal-awal tahun dah x sihat..tiba-tiba je demam dan sakit kepala huhu.. demam terkejut kot!! Dugaan betul la...

Lagi bertambah dugaan bila sejak kejadian baru nie aku jadi fobia sangat dengan aircond.. Duduk dalam rumah sendiri dah macam duduk dalam gua pulak rasanya... Asal tengok aircord je jadi terbayang-bayang je.. Rasa macam nak cabut je semua aircond yang ada dalam rumah nie..

Duduk dalam bilik ada aircond, bilik tamu, belakang , bilik komputer , ruang tamu semua ada aircond.. sekarang tempat yang selamat adalah dapur dan bilik sembahyang je.. Aduhai payah la jadi gini. x kan sepanjang ketiadaan hubby, aku nak dok terperap kat dapur dan bilik sembahyang lak... alahai lomah betul la!

Kalau still x ok jawabnya, balik rumah mak je la. Dah tenang nanti baru balik sini tapi sian pulak kat en.hubby. adoi serba salah betul la..hrmmmm...





kisah kehidupan Sinar Raudah

Monday, January 14, 2013

Mimpi ular hitam jadi kenyataan


As'salammualaikum w.b.t....

Mimpi! aku memang x nak percaya dengan mimpi.. Tambahan lagi kalau mimpi yang karut marut sebab bagi aku mimpi ni hanyalah sekadar mainan tidur je. Tapi kalau dah kerap sangat bermimpi perkara yang sama, sikit sebanyak akan menghantui fikiran juga dan mungkin ia sebagai satu petanda atau firasat akan terjadinya sesuatu hal dalam kehidupan kita. Wa'Allahualam....

Selalu kalau aku mimpi bukan-bukan, aku jarang bertanya pada orang melainkan aku cuba google... X nak percaya sangat tapi untuk kepastian dan puaskan hati agar aku tidak asyik memikirkan mimpi tersebut...

Biras aku pun pernah berkata, seeloknya kalau kita bermimpi buruk jangan di ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain tetapi sebaliknya biarkan saja.. kalau kerap kali bermimpi perkara yang sama dan apabila tersedar atau terjaga dari mimpi tersebut sebaiknya terus ambil wuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula...

Tapi baru nie aku telah menceritakan mengenai mimpi aku kepada en.hubby. Mungkin kerana sudah tidak tahan menanggung sendiri maka aku kongsikan bersama hubby. Itu pun kerana aku rasa pelik. Sepanjang berada di rumah mak, aku langsung x de mimpi apa-apa. Tidur aku lena sepanjang malam.. Tak ada pun nak mimpi bukan-bukan apatah lagi yang indah-indah melainkan kalau aku tidur di siang hari.

Aku tanya hubby, 'kenapa bila balik rumah mak aku xde pun mimpi bukan-bukan..jangan cakap mimpi bukan-bukan , nak bermimpi pun x de tapi bila balik rumah sini je mesti mimpi benda yang sama.. ular ular ular'... kalau x banyak ular, seekor tapi mesti besangkut paut dengan ular. Hubby x de jawab pape pun, just cakap banyakkan baca Quran dan jangan tinggalkan solat. Tue je...

Sehingga ke hari ini aku masih belum ada jawapan.. Kadang aku cuba abaikan tapi bila setiap kali aku mimpi perkara yang sama, ia akan buat aku terfikir.. apa petanda semuanya nie... Begitulah apa yang terjadi tadi. Aku yakin kalau orang berada di tempat aku pun akan fikir benda yang sama... Terkejut , tersentak , takut semua ada...

Tengahari tadi dalam pukul 1 lebih , seorang sahabat menghubungi aku. Dah lame kami x jumpa dan kebetulan baru nie terjumpa dalam facebook. Kami bertukar no telifon dan tadi dia menghubungi aku. Dalam sedang asyik berborak tiba-tiba aku terpandang ke arah penghawa dingin di dalam bilik. Terlihat ada sesuatu yang keluar dari lubang penghawa dingin tersebut menuju ke arah bawah.

Pandangan aku seperti anak ular berwarna hitam. Tapi yang peliknya, ia tidak turun ke bawah malah ia kembali semula ke dalam lubang tersebut dengan gerakan seperti di tarik dari atas. Timbul rasa curiga di situ, kalau anak ular sudah pasti kepalanya akan menuju ke atas tapi bukan dengan cara ekor menarik badan ke atas...betul tak! ke aku salah...hurmmm.

Selepas terlihat benda tersebut yang aku x tahu apa dia, aku terus mematikan telifon dan terus menelifon en.hubby lalu menceritakan apa yang terjadi. Dalam keadaan terkejut, takut dan mengeletar aku bercerita pada hubby. X pasti apa benda yang aku lihat tue , maybe anak ular dan mungkin juga hantu...terus hubby ketawa besar.. mane ada hantu siang-siang hari.

Mendengar kesungguhan aku bercerita, hubby cuba menenangkan aku. Ini kira kali kedua aku berdepan dengan benda yang x pasti dalam rumah nie... huhuhu! hubby minta aku bagitahu fil... Lepas fil tengokan tiada apa-apa di dalam lubang tersebut... ridsect sudah di sembur , penghawa dingin juga telah di buka dengan harapan kalau panas sure benda alah tue akan keluar tapi tidak ada... jenuh juga di ketuk-ketuk tapi tetap x ada..

Jadi fil kata mungkin ia mainan perasaan aku saja. Tapi agak pelik mane mungkin hanya mainan perasaan sedangkan masa aku lihat tue, aku sempat bercerita pada sahabat aku sebelum kami menamatkan perbualan. Lepas kejadian tue , tubuh aku jadi seram sejuk , badan mengeletar semacam dan hati rasa berdebar-debar.

Mil cuba coolkan aku, fil pulak x habis ketawakan aku sebab aku asyik dok sebut hantu ...hahaha! x kisah la orang nak ketawakan ke apa tapi sejujurnya memang aku takut.. dah la mimpi ular hitam sekali terpandang benda yang seakan makan ular hitam..mau x takut...

Seharian hari nie aku x dok dalam bilik. Cuak dowh! solat pun, solat dalam bilik sembahyang je... X suka rasa macam nie.. Mesti akan mengambil masa yang lame untuk pulih semula...Aku cuba kuatkan semangat tapi tetap tewas gak.. Tapi alhamdulillah, lepas solat rasa tenang sikit dan x de dok fikir-fikir sangat....

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak

Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.







kisah kehidupan Sinar Raudah

Mat bangla buat aku terdiam


As'salammualaikum w.b.t...

Pagi nie rasa gatai jari menekan nombor handphone salah seorang pekerja bangla aku dengan tujuan ingin bertanyakan soal UDANG... Panggilan di jawab dan salam di sahut dengan baik sekali... X sempat memperkenalkan diri, dia sudah tahu milik siapa suara yang menelefonnya... Bukan apa, selalu aku call pakai nombor lain, hari nie call pakai personal nombor.. Tapi tue la, dah namanya mak tirikan.. walau pakai seribu nombor sekali pun.. mereka tetap boleh cam suara aku uhuks ;)

Perbualan kami ;

Aku : As'salammualaikum, Sahin ada...

Bangla : Wa'alaikumsalam..sini cakap pastu senyap kejap.. Eh! kakak sudah lama tak talifon..ada baik ke???

Terdiam seketika maybe terkejut sebab dah lama aku x call kot, tiba-tiba hari nie muncul pulak.....Soalan pertama dan terakhir sepanjang perbualan kami , dia just tanya ada baik ke??? tue je..huhuhu.. sedis ;(

Bangla : Kakak sini banyak masalah dan bla bla bla bla bla..................... na na na na na..............La la la la la la....... bla bla bla.......blaaaaaaaa..............

Aku : Ow ha! ow ha! ow ha! Blurrrrrrrrrrrrr kejap, sepatah haram pun dia x kasi aku cakap kaw... sabaw je la.. last-last terdiam... cuba dial semula x dapat ; maybe bateri habis kot.

Tujuan asal nak tanya lain , last udang entah ke mana , apa entah ke mana.. yang aku dapat dengar dia membebel , mengadu macam-macam...adusssss! sabor je la amy.... nampaknya x merasa lagi la aku nak makan udang besor hu hu.....; Macam la kat pasar x de ahaks :)

Sebenarnya last week tauke udang tue ada call bagitahu sorang bangla aku buat hal baru nie.. Pastu di ingatkan aku suruh datang hujung bulan ni ambil limau , ye la nanti kan dah nak raya cina.. kalau amek limau confirm dapat ang pow ha ha ha ha... x pernah dia  x kasi taw, kalau x datang dia siap masuk dalam akaun lagi sebab cina tue gan aku sangat close..... ; susah nak dapat client camtue...

Di sebabkan itu la aku ingat nak amek udang sikit.. leh jugak la buat sambal udang petai , udang fresh dari kolam... auwmmmm bestnya.... Selalunya kalau amek x de la sekilo dua ye! seharusnya satu peti , itu memang wajib bagi tradisi cina.. kalau bagi , diorang akan bagi banyak-banyak...jadi dapatlah juga memberi pada yang lain ahaks ;) besar sungguh cita-cita ku... now apa pun x dapat.. alahai bangla- bangla...

Nak call balik dah malas.. jawabnya call tauke tue je la..senang sikit! kalau call bangla ginilah jadinya.. tak di beri peluang langsung untuk bercakap... hai la! tapi serius rasa rindu pulak nak berperang gan dorang.. lame sungguh aku x turun site! x pe nanti jumpa dorang kita sembur cukup-cukup sama depa hahahahahaha....;)









kisah kehidupan Sinar Raudah

Thursday, January 10, 2013

Senarai smartphone rebat yang di tawarkan dalam pakej komunikasi belia


Berhajat nak beli smartphone dengan  rebat RM200.. Di sini ada senarai handphone Rebat mengikut syarikat telekomunikasi yang telah di sediakan.. Sekiranya anda masih belum mendaftar pekej komunikasi belia, bolehlah mendaftar DI SINI.. Cara memohonnya pula boleh lihat DI SINI... 

Kemudian tunggu status pendaftaran daripada SKMM seperti ini " Tahniah, permohonan anda telah diterima. No rujukan permohonan anda ialah APP201311XXXXXXXX."

Senarai handphone Rebat U-Mobile

Senarai handphone Rebat CELCOM

Senarai handphone Rebat MAXIS

Senarai handphone Rebat DIGI

Senarai handphone Rebat Tune Talk

Senarai handphone Rebat YES

Senarai handphone Rebat CLIXSTER


PERINGATAN


  • Slip penebusan rebat ini akan luput pada 10/02/2013.
  • Sila bawa kad pengenalan /kad kuasa / kad pelajar dan slip ini (jika ada) semasa membuat tuntutan di wakil pengedar.
  • Penebusan rebat ini HANYA boleh dituntut melalui wakil-wakil pengedar yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. (Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan senarai harga model telefon dan wakil pengedar)
  • Hanya untuk telefon pintar 3G pasca bayar, pra bayar atau penukaran telefon bagi pelanggan pakej data sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sahaja.
  • Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.











kisah kehidupan Sinar Raudah

Kami benci bini mat yo





Assalammualaikum w.b.t..

Dik kerana ketelanjuran kata, isteri kepada bekas pemain bola sepak Kelantan Norsharul Idlan Talaha telah mengundang kemarahan ramai pihak, terutama bagi peminat The Red Warriors  dan dengan itu maka ada pihak telah mewujudkan satu page bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isteri pemain bola tersebut.

*************************************************

Hurmmm.. 

Kadang-kadang hanya dengan berdiam diri, kita akan mengerti apa yang berlaku dalam realiti. Apa sahaja imej yang kita bawa, ia akan menjadi perhatian setiap mata.. Pakaian, tingkah laku, cara percakapan, pemikiran dan nilai-nilai peribadi lain yang dapat melambangkan keperibadian seseorang. Antara yang paling ketara di nilai ialah berkaitan percakapan. Ini kerana, lidah adalah yang paling banyak digunakan untuk berhubung dan turut memberi gambaran mengenai nilai diri yang lain.

Lidah yang sangat tajam mudah melukakan, menyakitkan dan banyak hal lainya yang tidak menyenangkan. Dalam mengharungi arus kehidupan, kita akan terluka dan melukakan. Tak banyak yang kita boleh lakukan, selain menjaga lidah kita sendiri supaya ia tidak melukakan hati orang lain... Berbicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Itu adalah yang terbaik..

Orang yang bijak sentiasa menjaga tutur katanya agar tidak di nilai kurang sopan, tidak bijak dan gambaran keburukan lain.Tapi berlainan pula dengan orang yang tidak berhati-hati ketika bercakap seperti tidak merasa apa-apa kesalahan mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan dan mendatangkan kemarahan kepada orang lain.

Pepatah ada mengatakan, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang jadi jagalah lidah kita sebaik-baiknya agar ia tidak melukakan dan menyakitkan hati orang lain..Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata merosakkan badan..

Jadi cara terbaik untuk menjaga lidah kita daripada berbicara perkara yang tidak baik adalah dengan mengurangkan bercakap atau bercakap perkara-perkara yang perlu saja, agar kita tidak terlepas cakap jika terlalu banyak bercakap... Inilah yang aku cuba pelajari sekarang.. jom sama-sama kita muhasabah diri ;)


Note : Rasanya x perlu la wujud page-page macam tue... Biarlah pihak yang berkenaan selesaikan hal itu dengan cara baik.. kita sebagai peminat seharusnya mendoakan agar semuanya dapat di selesaikan dengan cepat dan semoga isteri mat yo lebih berhati-hati lagi dari mengeluarkan kenyataan.. sekadar pandangan..; peace ;)








kisah kehidupan Sinar Raudah

Tuesday, January 8, 2013

Johan terpaksa lupakan Maharaja Lawak Mega 2012



Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.

Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.

“Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.

“Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak,” katanya.

Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.
“Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.

“Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah. Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.

“Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga,” ujarnya.


Note : Pray For JOHAN & Keep On Supporting ZIZAN...Semoga johan cepat sembuh dan all the best buat zizan...












kisah kehidupan Sinar Raudah

Tutorial Auto Subscribers dan AutoLike Facebook


Tutorial oh tutorial..

Lame SR x share tutorial kan?? so hari nie aku nak sharekan tutorial rahsia bagaimana nak dapatkan Like yang banyak dekat post status, Comment, Photos, dan Page..Ok tutorial nie sesuai bagi mereka yang mengalami ketagihan likes dan merasakan diri di hargai apabila ramai yang like statusnya... kira perasan ala-ala retis la nie ahaks!

Lagi banyak like masuk maka lagi bersemangat la nak update status setiap hari. Tapi harus di ingat , tektik nie tidak la bagus mana.. anda seolah-olah seperti menipu diri sendiri.. Sebaiknya biarlah dapat like dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa atau memaksa..Kalau orang betul-betul suka orang pasti akan like tapi kalau sebaliknya, biarkan saja..ala bukan rugi pun kan..

Ok jangan buang masa lagi jom kita try AutoLike Malaysia 2013.. 

Ini linknya KLIK SINI!!! 

Ikuti step satu-persatu. Application ini tidak akan berfungsi jika anda tidak mengikut step tersebut.

Step 1
Untuk mendapatkan Subscribe di profile anda, anda perlu klik 4 button 'FOLLOW' di bawah..

Rujuk gambar ini..

Step 2
Untuk mendapatkan banyak Like di post anda, anda perlu klik 'START' dan ikuti arahan seterusnya..

Rujuk gambar ini..

Step 3
Masukkan nama facebook anda dan sila masukkan token anda

Rujuk gambar ini..

Step 4
Masukkan nama facebook contoh 'BORONG VITAMIN C'.
Kemudian masukkan bersama token anda.. kalau x tahu sila klik AMBIL TOKEN


Rujuk gambar ini..

Step 5
Klik Log in with facebook...' log in seperti biasa '

Rujuk gambar ini..

Step 6
Bila dah log in..
Sila lihat link yang berada di atas sekali.. 
COPY link tersebut yang bermula dari AAA sehingga penghujungnya...

Rujuk gambar ini..

Step 7
Kemudian pastekan di step 3..'Sila Masukkan Token Anda' dan klik OK.

Rujuk gambar ini..

Step 8
Apabila terpampar nama facebook anda maka klik 'OK'

Rujuk gambar ini..

Step 9
Untuk melanjutkan klik 'OK SEMUA' lalu klik 'OK'

Rujuk gambar ini..

Step 10
Sila masukkan TOKEN anda dan klik SUBMIT..

# Perhatian : untuk mendapatkan like di page atau post anda, anda perlu klik 4 button like di bawah. Jika anda tidak klik 4 button like di bawa, maka AutoLike ini tidak akan berfungsi.

Rujuk gambar ini..

Step 11
Berjayaaaaaaaa!!!! nanti akan keluar seperti gambar di bawah..

Rujuk gambar ini...

Note: Pastikan anda telah menukar setting facebook anda kepada Allow Subscribers dan everyone/PUBLIC...



Sekian, Selamat Mencuba....





















kisah kehidupan Sinar Raudah

Monday, January 7, 2013

Tips kurus dan penggunaan Felinna InchLoss Lotion



Felinna InchLoss Lotion merupakan lotion MELENYAPKAN LEMAK pada badan, pipi dan dagu. Ianya tidak terlalu panas, dingin dan mesra pengguna. Mudah di bawa dan selesa di pakai kerana baunya yang wangi. Hanya dengan sekali sapuan anda dapat lihat perbezaan inci di bahagian badan anda (pastikan ukur dahulu sebelum sapu)...

Di formulasi dari bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wanita hamil, menyusu atau gastrik. Inchloss bagus untuk kulit.. melembutkan kulit, masalah kulit kering, selulit dan bagi masalah tapak kaki merekah juga dapat membantu!!! 

Mudah di apply kat mana-mana bahagian, malah kita juga boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan. Jadi kalau yang kurus sekadar nak buang lemak sikit-sikit tu pun boleh cuba. Pasti puas hati!

Produk wajib bagi lelaki dan wanita yang dah gemuk atau kurus , yang ada lebih-lebihan isi. Anda boleh cuba sekarang. Jika anda sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh disapu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ichloss sangat selamat dan berkesan!

Satu lagi kelebihan Felinna. Pengeluar dah hantar untuk dibacakan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam. Moga-moga lebih dirahmati dan yang penting, "Jangan Di Langkah Ya..!!!"


Tips kurus dengan Felinna Inchloss Lotion:
  • Selepas mandi pakai ke seluruh badan dan malam sebelum nak tido sapu kat perut sahaja.. proses pembakaran lemak akan berlaku dan hasilnya dapat di lihat pada keesokan paginya , di mana anda mudah membuang..
  • Sapu inchloss di bahagian yang berlemak sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan.. Ikut arah lawan jam dan sapuan mestilah mengambil masa dalam 5 minit, bagi lemak yang anda makan tu lagi cepat terbakar.
  • Rajinkan diri berjalan atau paling mudah pergi window shopping. Banyakkan minum air masak.
  • Selamat bagi ibu menyusu, mengandung dan kanak-kanak atas 6 tahun tapi janganlah sapu pada kanak-kanak untuk suruh kurus pula.. Ianya sesuai sekiranya kanak-kanak itu batuk,  letak kat dada atau kat ibu bapa yang lenguh-lenguh badan atau sakit urat pun boleh. Cubalah!

# kalau tak kurus cadangkan anda pergi try penimbang yang boleh check body kerana saya yakin yang body fat korang turun cuma berat in kg sahaja masih belum turun, setiap badan tak sama resultnya,jika sesuatu produk memang berkesan ke atas semua orang makanya gulung tikar lah company lain! So jangan mudah berputus asa, apa saja produk yang anda cuba pasti ada kelebihan tersendiri,sentiasa positif, mungkin inchloss adalah penyelesaian buat anda yang dah mencuba banyak produk! :) Siapa tahu kan...

Tips pengunaan Felinna Inchloss Lotion:

1) Jangan picit terlalu banyak lotion. Sapuan yang terlalu banyak akan menyebabkan kulit merasa amat panas dan pijar.

2) Untuk bahagian perut, picit lotion felinna inchloss sebesar duit 20 sen. Sapukan ke seluruh bahagian perut dan buat sedikit urutan seperti gambarajah di bawah untuk memecahkan lemak.

3.) Untuk bahagian dagu dan pipi pula, sapukan hanya sedikit lotion felinna inchloss sudah memadai. Buat urutan ke atas.

4.) Ibu mengandung juga boleh menggunakan Felina Inchloss. Tetapi JANGAN sapu pada bahagian perut untuk mengelakkan bayi panas. Boleh sapu pada bahagian kaki, paha dan belakang ( sedikit
sahaja). Boleh juga disapu pada bahagian bahu untuk melegakan sakit bahu dan lenguh-lenguh

5.) Penggunaan yang konsisten dan disiplin akan membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Untuk kesan yang lebih cepat, kawal pemakanan dan bersenam adalah satu langkah yang bijak. Penggunaan sauna pant/sauna belt juga boleh membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.


Jom like page facebook kami DI SINI tak pun jeling kat belah kanan atas sekali..jom like kat situ ^_^ 

1 botol Felinna InchLoss Lotion RM65 free postage / Harga pasaran RM75
2 botol Felinna InchLoss Lotion RM120 free postage / Harga pasaran RM150














kisah kehidupan Sinar Raudah

Sunday, January 6, 2013

Rebat RM200 Pembelian telefon pintar dan cara memohon


Salam hujung minggu...

Sedikit info mengenai rebat RM200 pembelian telefon pintar.. Syarat kelayakkan , cara memohon , jenis telefon dan cara untuk menuntut rebat.

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah :
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun (pelajar pun boleh)
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Hanya satu telefon pintar untuk seorang
 
Cara memohon

Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi yang mana terdahulu.

Jenis Telefon :

 *UPDATE : Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan..

1. Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Cara untuk menuntut rebat

 Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.










kisah kehidupan Sinar Raudah

Friday, January 4, 2013

Pergaulan bebas di alam maya


Salam Jumaat semua...

Kat luar tak pernah bertegur sapa.. Pandang pun tak.. Tapi kat dalam FB… kencang! Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri.. Bersalah dengan diri sendiri.. Adakah hipokrit? Sebab tu lah orang cakap, di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..

Ada orang, di alam realiti sangat pemalu. Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain. Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina. Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.

Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan. Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU! Tapi di alam maya……. tak sanggup nak tulis kat sini. Teramat malu..Malu dengan diri sendiri. Malu kepada Allah. Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..

Ya Allah..Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..

Marilah kita katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab sosial seharian. Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.

Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Aamiin..^_^
~peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan juga sahabat-sahabat lain. moga Allah redha~


Nota kaki : Semalam aku ada terlihat seorang sahabat, berstatus isteri orang.. berchatting dengan ramai lelaki tanpa rasa segan silu sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar.. rasa malu sangat! Nauzubillah min zalik minta di jauhkan la dari perbuatan tersebut.









kisah kehidupan Sinar Raudah

Thursday, January 3, 2013

First medical check up di tahun baru


Assalammualaikum w.b.t...

Pagi nie aku ada check up dekat hospital.. Sebelum keluar rumah haruslah isi perut kenyang-kenyang dulu.. Fil pun dah siap belikan 2 bungkus nasi lemak untuk aku.. Hamek kau, kiranya hari ni hari ke 4 aku sental nasi lemak.. kalau dulu sebungkus tapi tidak lagi sekarang... hahahaha! makan punya la banyak tapi berat badan tetap sama je, camner???? huhu!

Alhamdulillah, patient hari nie x ramai.. Jumpa doktor cepat..Giliran ambil ubat pun x sampai 5 minit menunggu.. Sukanya sayaaaaa.. Lagi buat aku suka, bila doktor bagitahu keadaan diri aku dah semakin ok. ALHAMDULILLAH. x sia-sia minum jus delima.. aceh! bukan nak promote ok sebab aku x jual pun tapi hakikatnya.. jus delima memang bagus untuk kesihatan.

Hurmmm.. Ok bila sebut mengenai hospital, terutama hospital kerajaan, aku yakin ramai yang merugut dan tidak puas hati dengan perkhidmatan dan layananya.. perkhidmatan yang agak lambat dan tidak berkualiti. Tapi bagi aku tidak semua hospital kerajaan begitu. Jangan hanya kerana ada sebahagian kita yang sudah mampu mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta.. maka kita memiliki kecenderungan yang tinggi untuk memandang rendah pada hospital kerajaan.

Betul memang tidak di nafikan hospital kerajaan memang ada kelemahan..Terutama sekali kalau bab perkhidmatan yang di berikan. Tapi alhamdulillah sepanjang aku mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,  layanan yang di berikan sangat memuaskan samaada dari segi doktornya mahupun nursenya...

Setiap kali ada temujanji, nurse yang menjaga rekod kesihatan aku akan call untuk ingatkan aku. Macam petang semalam, nurse HUSM ada call aku tapi dik kerana aku x pick up fon, makanya hari nie seawal pagi lagi dia dah call ingatkan aku. Kiranya kalau lupa temujanji pun x pe sebab ada orang yang akan ingatkan.. aceh! suka sangat...

So hospital swasta ke ,kerajaan ke semuanya sama je..kalau ada yang x sama tue, bukan hospitalnya yang bermasalah tapi orangnya yang bermasalah. Untuk staff HUSM, aku bagi kredit..sangat puas hati dengan layananya..Nurse semua baik dan x sombong.. manakala doktor dan prof pula semuanya mesra alam..


Note: Lawak sengal di hospital tadi.. Dik kerana sejuk yang melampau maka dua tiga kalilah aku berulang alik ke toilet. Sampaikan aku x sedar yang aku terlupa nak tukar selipar dan pakai selipar toilet ke sana ke mari, sehinggalah di tegur oleh nurse di situ.. merah padam muka aku, camner la aku leh pakai selipar toilet yang besar macam badut tue.. patut la orang dok pandang je..ingatkan pasal apa rupanya pasal selipar hu hu hu...










kisah kehidupan Sinar Raudah

Wednesday, January 2, 2013

Setelah 4 bulan dapur tidak berasap


Selamat petang...

Hurmmm, sejujurnya sudah 4 bulan aku tidak ke dapur dan tidak memasak @ dalam erti kata lainnya, dapur tidak berasap.. hahahahahaha!! pemalasnya la kau nie amy???! kuwang kuwang kuwang.. Sila abaikan kemalasan ku itu ;) .. 

Ok nak di jadikan cerita, baru-baru nie aku pulang ke kampung bersama mak dan ayah. Hampir seminggu lebih juga aku tinggalkan en.hubby di rumah... Bukan tinggalkan keseorangan tapi di temani oleh mil dan fil...So x de la aku risau makan minum en.hubby tapi still rasa bersalah kerana tinggalkan en.hubby lame-lame.. Rinduuuuuuu dowh...aceh hihi..sila jangan muntah!

Sepanjang berada di kampung, baru la aku  ke dapur.. Itu pun sebab ada tetamu.. mak nak melayan tetamu jadi aku la yang terpaksa menyediakan makanan. Menu pagi tue bihun goreng je... 

Bila dah start masak, jadi semakin bersemangat la nak memasak.. macam-macam la menu yang bermain di fikiran aku... Lagi bertambah semangat bila kakak-kakak ipar aku suruh masak itu dan ini... Dan akhirnya aku sudah masak semula.. wah bangga! mau x bangga , 4 bulan kau x ke dapur... mujur masih kenal sudik dan kuali ahaks! ;)

Lame x masak macam slow pulak aku nie.. nak masak satu-satu makanan tue terpaksa mengambil masa yang lame.. adehhh!! mujur 4 bulan kalau lebih dari itu maybe aku terpaksa gunakan buku sebagai rujukan.. aceh boleh pulak gitu.. 

Ok la sebelum terlupa, aku nak tanya uollssss... ada x sapa-sapa kat sini yang tahu kat mane nak order popia nestum.. Aku nak beli tapi x tau nak dapatkan kat mane.. sebelum ni aku tempah kat member tapi  time musim perayaan je la..takut x de musim perayaan dia x buat.. so kalau ada sapa-sapa yang tahu atau menjualnya.. tolong inform aku ye.. Serius ni bukan main-main.. 










kisah kehidupan Sinar Raudah

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya dan jendela 2013 kini dibuka.. Selamat datang 2013.. Syukur, segala puji bagi Allah, pagi ini masih diberikan peluang bernafas untuk meneruskan tugas sebagai khalifah. Memulakan hari dengan ibadah, menjamah rezeki yang dikurniakan bagi meneruskan langkah dalam misi menambah ilmu, bukan untuk diri sendiri namun untuk dikongsikan bersama.

Selamat tahun baru 2013 to all! Alhamdulillah we have gone trough the year 2012 successfuly either full of joys, happiness, sadness or with tragedies and don't forget that we r stil given the opportunity to continue our life until today Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! 2013 is the 29th years of my life on earth... May this year bring us berkah, healtiness & happiness towards my life, families and friends.Happy New Year 2013!! amin ;)







kisah kehidupan Sinar Raudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger