Wednesday, March 6, 2013

Gambar suspek , penyanyi wanita yang di katakan belasah suami sehingga mati


suamipenyanyi

Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun. Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.    

Status akhir arwah, Mohd Khairol Azmi Jaafar


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat. Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan. Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat.

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Info suspek : Nouri Ramli Atau ( Norin Ramli )


Suspek merupakan penyanyi zaman awal 2000 dan merupakan artis dibawah naungan Aria Artiste Sdn. Bhd., syarikat yang diuruskan oleh komposer Johari Teh dan Lisa Aryanti pada tahun 2000. Dia merupakan anak kelahiran Merlimau Melaka dan pernah memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia.

Gambar suspek, Nouri Ramli bersama arwah suaminya yang dipercayai mati dibunuh
Gambar suspek, Nouri Ramli bersama arwah suaminya yang dipercayai mati dibunuh


SUMBER : Wanista










kisah kehidupan Sinar Raudah

13 comments:

Innanie | Ariffin said...

kalau ye pun bergaduh pasal anak janganlah sampai membunuh. tgok tak pasal2 je jadi pembunuh. haisssh. bincang lah elok2!

Nafisa81 said...

dunia semakin tua...semoga Allah jauhkan kita dr perkara seperti ini...Nauzubillah

munna said...

Ya Allah... mcm2 skrg ni..... takut bila baca berita2 mcm ni

Kakzakie said...

Ya Allah... sampai macam tu sekali.

Tihara said...

sanggup dia membunuh..hurmm

My Little Diary said...

apa lah nak jdk dgn manusia zmn skrg,
tak paham sungguh....mana letaknya iman. hilang akal hilang pertimbangan, semua perkara boleh dibawa bincang, kan?

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kenapalah sanggup buat macam ni kan? Apalah salahnya bagi suami tu jumpa anak..

Kakcik Nur said...

Tak tahu pun ada penyanyi ni!

Nurzakiah Hanum said...

sanggup kan

diana said...

dia seksi dulu...

eima said...

sape nouri ni ... dasat betui sampai ikat laki die gitu .. hebat betui la... mmg kejam ... gado ape sampai tak bg ayah jumpa anak

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam amy..
huhu.. xtau nk komen apa..
alfatihah buat arwah

Zana Adieyza said...

sampai sanggup membunuh.. sedih dgn berita2 macam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger