Thursday, February 7, 2013

Hidangan minum petang.. Cucur Udang Ranggup bersos cili



Bahan-bahannya :
  • Tepung - 200gm
  • Tepung Beras - 2 sudu besar
  • Air - 1 cawan
  • Pes Cili - 1 sudu kecil
  • Bawang Merah - 1 biji
  • Daun Kucai - 80gm
  • Kentang - 1 biji
  • Udang Kecil Segar - 100gm
  • Garam
  • Minyak Masak
Cara penyediaan :
  • Tepung dan tepung beras diayak dalam mangkuk sehingga tiada ketulan.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Udang dikopek kulit dan dibuang kepala dan perut.
  • Bawang di mayang halus dan daun kucai dipotong panjang (ukuran – 1 inci).
  • Kentang dibersihkan dan dimayang halus.
  • Masukkan cili, bawang, udang, daun kucai dan kentang ke dalam adunan tepung tadi.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul sampai rata sehingga sebati.
Cara menggorengnya :
  • Panaskan minyak didalam kuali 
  • Masukkan adunan tepung menggunakan sudu dan goreng.
  • Goreng sehingga warna menjadi keemasan.
  • Hidangkan cucur udang bersama sos.
Tips

Pastikan jangan gaul adunan terlalu lama kerana cucur udang akan menjadi keras dan tidak ranggup











kisah kehidupan Sinar Raudah

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

Nurulhuda Abdul Latip said...

Dahlah kat sini mendung dan hujan, nengok resipi ni terliur kita nak2 kalau makan panas2 kan...meh pos kat kita sikit.

NM02 said...

heeh... lama tak singgah sini

pe kabo tuan ngumah?

buat cucur udang ke ptg ni?

hehehe

Mimi Azirah said...

sedapnye....nk sket

Mimi Azirah said...

sedapnye....nk sket

diana said...

rajin budak kecik ni memasak..heheheh..

diana said...

rajin budak kecik ni memasak..heheheh..

diana said...

rajin budak kecik ni memasak..heheheh..

Lya Colours said...

makan panas2 mesti syiok ni

Panglima7 said...

Salam, Kecur air liuk. Kuih yang paling Panglima suka dan berada di ranking yang teratas adalah kuih ini, kuih cucur udang. Pasti tak tolak.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam amy..
aaa..dapnye...dap nye...
leh la try pas nih.. hihih

azieazah said...

Wow memang sedapppp....!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger