Monday, January 14, 2013

Mimpi ular hitam jadi kenyataan


As'salammualaikum w.b.t....

Mimpi! aku memang x nak percaya dengan mimpi.. Tambahan lagi kalau mimpi yang karut marut sebab bagi aku mimpi ni hanyalah sekadar mainan tidur je. Tapi kalau dah kerap sangat bermimpi perkara yang sama, sikit sebanyak akan menghantui fikiran juga dan mungkin ia sebagai satu petanda atau firasat akan terjadinya sesuatu hal dalam kehidupan kita. Wa'Allahualam....

Selalu kalau aku mimpi bukan-bukan, aku jarang bertanya pada orang melainkan aku cuba google... X nak percaya sangat tapi untuk kepastian dan puaskan hati agar aku tidak asyik memikirkan mimpi tersebut...

Biras aku pun pernah berkata, seeloknya kalau kita bermimpi buruk jangan di ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain tetapi sebaliknya biarkan saja.. kalau kerap kali bermimpi perkara yang sama dan apabila tersedar atau terjaga dari mimpi tersebut sebaiknya terus ambil wuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula...

Tapi baru nie aku telah menceritakan mengenai mimpi aku kepada en.hubby. Mungkin kerana sudah tidak tahan menanggung sendiri maka aku kongsikan bersama hubby. Itu pun kerana aku rasa pelik. Sepanjang berada di rumah mak, aku langsung x de mimpi apa-apa. Tidur aku lena sepanjang malam.. Tak ada pun nak mimpi bukan-bukan apatah lagi yang indah-indah melainkan kalau aku tidur di siang hari.

Aku tanya hubby, 'kenapa bila balik rumah mak aku xde pun mimpi bukan-bukan..jangan cakap mimpi bukan-bukan , nak bermimpi pun x de tapi bila balik rumah sini je mesti mimpi benda yang sama.. ular ular ular'... kalau x banyak ular, seekor tapi mesti besangkut paut dengan ular. Hubby x de jawab pape pun, just cakap banyakkan baca Quran dan jangan tinggalkan solat. Tue je...

Sehingga ke hari ini aku masih belum ada jawapan.. Kadang aku cuba abaikan tapi bila setiap kali aku mimpi perkara yang sama, ia akan buat aku terfikir.. apa petanda semuanya nie... Begitulah apa yang terjadi tadi. Aku yakin kalau orang berada di tempat aku pun akan fikir benda yang sama... Terkejut , tersentak , takut semua ada...

Tengahari tadi dalam pukul 1 lebih , seorang sahabat menghubungi aku. Dah lame kami x jumpa dan kebetulan baru nie terjumpa dalam facebook. Kami bertukar no telifon dan tadi dia menghubungi aku. Dalam sedang asyik berborak tiba-tiba aku terpandang ke arah penghawa dingin di dalam bilik. Terlihat ada sesuatu yang keluar dari lubang penghawa dingin tersebut menuju ke arah bawah.

Pandangan aku seperti anak ular berwarna hitam. Tapi yang peliknya, ia tidak turun ke bawah malah ia kembali semula ke dalam lubang tersebut dengan gerakan seperti di tarik dari atas. Timbul rasa curiga di situ, kalau anak ular sudah pasti kepalanya akan menuju ke atas tapi bukan dengan cara ekor menarik badan ke atas...betul tak! ke aku salah...hurmmm.

Selepas terlihat benda tersebut yang aku x tahu apa dia, aku terus mematikan telifon dan terus menelifon en.hubby lalu menceritakan apa yang terjadi. Dalam keadaan terkejut, takut dan mengeletar aku bercerita pada hubby. X pasti apa benda yang aku lihat tue , maybe anak ular dan mungkin juga hantu...terus hubby ketawa besar.. mane ada hantu siang-siang hari.

Mendengar kesungguhan aku bercerita, hubby cuba menenangkan aku. Ini kira kali kedua aku berdepan dengan benda yang x pasti dalam rumah nie... huhuhu! hubby minta aku bagitahu fil... Lepas fil tengokan tiada apa-apa di dalam lubang tersebut... ridsect sudah di sembur , penghawa dingin juga telah di buka dengan harapan kalau panas sure benda alah tue akan keluar tapi tidak ada... jenuh juga di ketuk-ketuk tapi tetap x ada..

Jadi fil kata mungkin ia mainan perasaan aku saja. Tapi agak pelik mane mungkin hanya mainan perasaan sedangkan masa aku lihat tue, aku sempat bercerita pada sahabat aku sebelum kami menamatkan perbualan. Lepas kejadian tue , tubuh aku jadi seram sejuk , badan mengeletar semacam dan hati rasa berdebar-debar.

Mil cuba coolkan aku, fil pulak x habis ketawakan aku sebab aku asyik dok sebut hantu ...hahaha! x kisah la orang nak ketawakan ke apa tapi sejujurnya memang aku takut.. dah la mimpi ular hitam sekali terpandang benda yang seakan makan ular hitam..mau x takut...

Seharian hari nie aku x dok dalam bilik. Cuak dowh! solat pun, solat dalam bilik sembahyang je... X suka rasa macam nie.. Mesti akan mengambil masa yang lame untuk pulih semula...Aku cuba kuatkan semangat tapi tetap tewas gak.. Tapi alhamdulillah, lepas solat rasa tenang sikit dan x de dok fikir-fikir sangat....

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak

Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.







kisah kehidupan Sinar Raudah

11 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau mimpi berkaitan ular ni selalunya ada kaitan dengan jin.. kalau ternampak sendiri tu.. elok la rujuk pada mereka yg arif. cuba2 la pergi ke pusat rawatan Islam.. nak x nak kita kena percaya wujudnya jin & syaitan juga sihir.. apapun semoga di lindungi dari segala kejahatan iblis

ieda said...

orang cakap kan amy kalau ular masuk rumah , ada ilmu hitam didalam rumah kita .. maksudnya samaada dah ada ilmu hitam atau menghantar ilmu hitam .. wallahualam ..

jenis ular ape , x pula akak bertanya .. sbb umah akak ada 2 kali ular masuk .. ular kecik jee .. ular lidi .. sbb area umah akak nie banyak pokok sirih dan pisang ..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Harap amy dpt tenangkan diri..takut amy terbawak2 perasaan tu. Apapun terus check kat rumah tu yea.

Panglima7 said...

Assalam Amy....kalau kerap mimpi ular....menurut ustaz perubatan islam...itu tandanya ada gangguan Jin. Ada kemungkinan Amy diganggu oleh Jin melalui Sihir. Kalau Amy masih ragu-ragu..pergilah di mana2 pusat perubatan islam untuk menilai samada amy sentiasa diekori jin atau sudah ada di dalam badan. Sukar mendapat zuriat juga....antara satu sebab gangguan jin. Pergilah ke Pusat Perubatan islam....Darul Syifa atau apa....Amy tak akan rugi apa pun.
Wallahualam.

norhidana miswan said...

dgr cite akak dana lak yg r asa seram, teringat dulu masa keje kt johor ada kwn serumah dh bertunang n nk kawin ada 1 ketika dia mimpi buruk yg sama selama 3mlm, kebetulan tunang dia pun sama dlm pd tu dia tibe2 rasa benci sgt pd tunang nyer tu tp dia cuba lwn perasaan tu, sampaikan mereka asik bergaduh setiap kali jmpa... akhirnya dia cerita pd tunang n pd kami apa yg dia mimpi... lps bwk berubat ngn sorng ustaz baru dia ok, ustaz tu bgtau ada org yg tak suke mereka nk kawin... teringat pesan ustaz tu kalu mimpi buruk yg sama berturut2 lebih dr 3 kali mungkin ada ganggguan jin...

mintak2 akak dijauhkan dr apa2 jua gangguan,biasalah selagi lum kene org sekeliling kite cume akan ketawakan je

azieazah said...

Jom tido kat rumah Kak Azie, mahu? hahaha

Peri PiA said...

semoga Amy diberikan kemudahan dan ketenangan utk masalah ini.sabar ya

tak cube pegi "buka" air cond tu?

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam amy..huhuh..
mimpi ada 2 petanda. mungkin hanya mainan tidur,dan mungkin jgk petanda sihir..eloklah jumpa pengawal perubatan islam..

sabar ye dear..

fiqkbe said...

iskh, seram nyer bca. fiq baru lps tgk semanis kurma smlm psl sihir cinta. ustaz tu kata kalau asyik mimpi buruk yg sama cm ular tu, myb ada gangguan jin. baik g jumpa ustaz mna2 cpt.

diana said...

kalau bab2 ular ni akak memang takut la..kecik ke besar ke,bisa tak bisa memang seram je rasa..

raya haji lepas kakak yang sulung nampak ular sampai histeria.ramai yang kata tu bukan ular tapi benxa lain..

rasanya cer amy buat majlis baca yasin ke dalam umah amy tu..

Che Rosliza Che Mat said...

seram pulak baca huhuhu...kena refer yg lebih pakar nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger