Saturday, January 19, 2013

Arab Saudi menetapkan syarat bagi mereka yang ingin menunaikan umrah


As'salammualaikum w.b.t...

Sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca Sinar Raudah. Untuk makluman semua, mulai tahun nie 2013 kerajaan Arab Saudi telah menetapkan syarat bagi mereka yang ingin menunaikan umrah.. Bagi wanita yang berumur bawah 45 tahun, anda kena ade mahram yang pergi bersama-sama.. tetapi sekiranya anda berumur 45 tahun ke atas, anda tidak memerlukan mahram dan bagi lelaki pula yang masih belum berumur 18 tahun, kena ade penjaga lelaki juga..

Sedikit info yang aku ambil dari Andalusia.. Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa


# Andalusia tidak boleh di pertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.


Note: Alhamdulillah dah baik dari demam, segala teka teki sudah terjawab.. nanti akan di kongsikan di entri akan datang ye.. tungguuuuuuuuuu!









kisah kehidupan Sinar Raudah

7 comments:

azieazah said...

Kak Azie pun teringin nak pergi buat umrah. Suatu hari nanti. Suatu hari nanti.

Faris Adli said...

syarat2 kena ada mahram tu dah lama la dikuatkuasa kan..bukan mulai 2013..saya pernah pergi umrah, so semestinya saya tahu benda ni

ieda immi said...

oh ... hurmmmm

dikkk preggy ye ... tahniah in advance kalau betul !! ... berbunga2 ati akak baca ayat last tuu ;))

aziekz said...

Salam,,,
Ha'ah semua agensi umrah..,sama syaratnya
Kna ikut syarat arab..

Huhu,,,tak dapat g la thun ni ke sana,:-(

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam amy..
alhamdulillah..tq for shairng..wat masan i x berkesempatan menjejakkan kaki ke rumah allah ni..

dah baik demam? alhamdulillah... :')

Amy Sinar Raudah said...

@ieda immi uishh! sukanya kak kita.. akak baca tang mane yang jadi berbunga-bunga nie he he.. nanti kita sembang-sembang ye kak ;)

Che Rosliza Che Mat said...

bilalah nak pergi umrah jugak nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger