Thursday, June 21, 2012

Menitisa air mata, terharu dan menyesal dengan apa yang berlaku



Assalammualaikum....

17 June 2012 baru nie genap usia aku 28 tahun.. Macam x percaya je usia aku dah di penghujung 2 siri.. Dalam usia sebegini banyak lagi perkara yang masih belum tercapai.. Insyaallah aku kena lebih berusaha lagi, dengan harapan agar semuanya akan tercapai seperti yang di rancang.Tetapi sekira sebaliknya yang berlaku , aku terima dan cuba perbaiki lagi setiap kelemahan yang ada...Insyaallah! Aku percaya dan yakin dengan kemampuan aku..

Birthday tahun nie aku x berapa sihat. Di serang semput..Malam x cukup tido sebab lelah kuat.. sampaikan en.hubby ajak keluar cari hadiah pun aku x de mood.. Agak pelik juga sebab aku ni seorang yang pantang apabila en.hubby bagi green light untuk beli sesuatu barang tapi baru nie aku macam x banyak kerenah.

Macam-macam hubby cadangkan suruh aku beli tapi semuanya aku tolak dengan baik.. Cuma aku cakap dengan en.hubby tahun nie aku just nak hijab saja..Hubby agak pelik sebab jarang-jarang sekali aku buat permintaan begini.. than hubby pun bawakan aku ke butik tudung di Kota Bharu.. Kebetulan sebelum itu aku ada minta en.hubby belikan Jubah.. So dapat la jubah dan tudung.. dah beli terus balik ke rumah sebab aku x larat nak berjalan..

Sehari sebelum birthday bonda ada call dan wish happy birthday..Agak terharu juga la sebab bonda nak jadi orang pertama yang wish dekat aku.dan masa pagi Ahad tue mil pulak peluk aku time hubby nak pergi keje , wish happy birthday sambil bagi present.Tengahari pula aku ke rumah aunty hubby ada buat makan-makan. Balik dari rumah aunty , mil bagitahu nak beli kek.. So malam tu kami keluar dan celebrate dekat Haza's Bristro.

Dua hari lepas birthday,  aku terima panggilan dari salah seorang bangla aku.Sangka aku bangla nie mesti nak mengadu macam-macam pasal kerja. So di awal perbualan tue aku agak berkasar la dengannya , sekali bangla tu cakap '  kakak sini mari bukan kerja , ini hari lahir kakak.. OMG! aku pun jawab hari lahir sudah lepas la.. Than bangla tue jawab , kakak sini semua kasi duit untuk kakak hari lahir , ini minggu pekan pergi masuk duit sama kakak....

Perghh!!! terasa sangat sampai menitik air mata aku , walaupun selama ni aku tegas dan garang dengan dorang tapi dorang x pernah anggap aku ni jahat malah dorang sanggup collect duit ramai-ramai sebab nak kasi aku untuk beli hadiah.. terharu sangat....

Tadi petang majikan dorang call bagitahu nak masukkan duit ke akaun aku. Rupanya dorang minta majikan dorang masukkan duit kepada aku. RM270.. satu jumlah yang besar buat aku..Appreciate sangat!

Moral of the story : Jangan terlalu berfikiran negetif terhadap mereka , x semua bangla tue jahat..








kisah kehidupan Sinar Raudah

Wednesday, June 20, 2012

Sekadar luahan hati penjual kepada pembeli.. Saya x makan duit haram ok


Assalammualaikum....

Semalam baru buat post pasal penipuan online dan hari ini adalah pulak masalah kat aku! Aduhai sabar je la... Sejujurnya selama aku berniaga online , banyak perkara yang aku dah belajar. Belajar lebih banyak bersabar dengan kerenah orang , belajar lebih banyak beralah dalam pelbagai perkara even hal tersebut adakalanya bukan datang dari aku sendiri. Belajar lebih banyak memberi peluang pada orang lain sehinggakan aku ketepikan risiko.

Rasanya aku dah buat yang terbaik untuk semua customer aku di Beautiesecret E-Shop , door to door shopping , dac mobile shop atau di akaun personal aku sendiri atas nama amy syaquena... kalau masih ada lagi kekurangan , aku mohon maaf.. Aku x mampu nak puaskan hati semua orang...walaupun aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk semua...

Oklah di pendekkan cerita pagi nie aku ada sedikit masalah dengan salah seorang customer aku. Last week beliau ada membeli satu set tablet andriod china. Bila sebut je barang china uolllsss kena la faham dan fikir sendiri kualitinya. Beliau beli atas kehendaknya sendiri dan tanpa sebarang paksaan langsung. Buktinya uollsss boleh lihat screenshot di bawah.

Tablet android itu di hantar sendiri oleh adik aku di kediamannya. Selalunya kalau hantar by hand aku akan ambil deposit , ye la kang datang dari jauh tiba² sampai cakap x nak pulak! x ke nanya... Tapi oleh kerana aku fikir dia rakan fb yang rajin bertegur sapa , maka aku tidak ambil sebarang deposit.

Perjumpaan sepatutnya tengahari kerana hari tersebut adik aku kena keje sampai kol 9 malam. So time rehat adik terus bergegas ke ampang dan separuh jalan menuju ke ampang , dia call bagitahu x jadi hantar di sebelah malam. Memang time tu adik dah kurang senang..ye la time rehat dia lari gi hantar barang dah separuh jalan cakap begitu pulak. Nak hantar malam faham² la dari bangi nak ke ampang , dah la dia pempuan. Minta jumpa kat area mane² x nak , alasannya x de transport.

Adik aku ni nak tak nak , lepas kuar keje terus menuju ke ampang...Dah la dia x tahu jalan , so uollsss banyangkan lah sepanjang menuju ke rumah customer tu aku guide jalan melalui talian telifon. Sampai di rumah customer dah tengah malam , tue pun kat pintu pagar je..Ucap terima kasih pun x..duit pun masuk akaun x by hand...lagi best kat rumah ada je kereta wiranya hrmmm...

Ok itu x pe la sebab biasa la berniaga so kena la berdepan dengan ragam manusia. keesokkanya dia mesej di fb mengatakan barang dah di terima dan siap nak beli lagi. Dua hari selepas itu dia bagitahu aku android tu mengalami masalah bateri. Lepas aku tanya supplier , aku mesej semula kepadanya minta sentkan tablet itu kepada adik aku untuk di tukar yang baru...Senyap x berbalas sehingga malam tadi aku text di hpnya minta dia sent kepada adik aku pun senyap.. Pagi ni buka fb sekali dapat la mesej² seperti dalam screenshot di bawah.

Dengan slumber dan tanpa rasa bersalah dia nak tukar android tue dengan hp atau ipad pula. wah senangnya la kan! dah pakai 5 hari than cakap nak tukar lain. Kalau beli di kedai dapat ke camtue.. Yang bestnya dia x nak duit dia dan dia x nak tablet tu , dia just nak handphone je.. Cara dia macam mengugut aku but sorry aku ikut cara berniaga yang betul .If hari ini aku berlembut x mustahil satu hari nanti dia akan ulangi lagi , tidak dekat aku mungkin dekat seller lain.

Uollssss boleh baca screenshot di bawah. Problem tablet itu hanya bateri , bila aku x kasi tukar pada hp maka keluar la pulak cerita lain. Hello dear , i got prove ok.. mesej di handphone dan mesej di fb..Xde pun tertulis sana rosak , sini rosak.. u just cakap nak tukar android sebab baterinya charge lame tapi pakai 2 jam dah habis... Aku pegang kata² tue...

Last kesudahannya , dia tetap x nak beralah dan memberitahu dia x nak tablet tersebut , dia just nak hp..if xde dia x nak duit dia..Baik punya ugut tue. Maaf aku x makan duit haram! Aku nak berniaga lame dan tidak sekali² aku tabur pasir dalam periuk nasi sendiri.So harap faham!

Cuba kalau beli di kedai , adakah anda sewenang²nya boleh tukar melainkan cina kedai akan cakap "lu tolak sama wa/ u boleh trackin lain tapi tablet tu dah consider secondhand dan harga dah sah² la jauh lebih murah dari harga beli.. Aku pun boleh buat camtue tapi jawabnya orang x nak beli la , apa la adoi...... macam ni punya orang pun ada ke..Sabar je la!

Kalau dia baca post ini aku nak dia tahu , aku x akan makan duit orang sewenang²nya..even orang masuk duit x tahu siapa tuannya pun aku dah mengelabah.. cari dan mesej sorang² tanya... Awak kasi tablet tu saya tetap akan gantikan dengan yang lain , samaada suka atau tidak.














Note: Tolong la jangan amek kesempatan di atas kebaikkan saya.. Cuba kalau buat dekat cina atau tauke kedai dapat ke macam apa yang saya beri..ambil barang duit barang kemudian tapi kalau still nampak x elok lagi saya terima....


Tablet China memang tidak sesempurna macam tablet samsung so sebelum beli kena la fikir masak²..jangan dah terima ini yang saya dapat huhu! Blogger Lina Meya juga pernah berurusan dengan saya , kebetulan tablet yang di hantar mengalami kerosakkan...2 kali hantar barang yang sama than tetap prolem.. dan aku pernah poskan di entri INI..Tapi untuk kali ketiga alhamdulillah dah ok sehingga ke hari ini.

Adik peter nie dalam bulan lepas dah 3 tablet china yang dia beli dari aku. walaupun yang terbaru mengalami kerosakan di atas kecuaiannya sendiri tapi aku bantu dapatkan harga yang murah untuk repair.. kerana kerosakkan yang di alami tiada dalam warranty iaitu screen dan lcd touch screen pecah akibat tablet terjatuh..

Aku berusaha berikan yang terbaik tapi kalau masih nampak kekurangan juga , aku mohon maaf.. Cuma aku nak tegaskan aku tak makan duit HARAM! aku buat keje dengan jujur kerana aku nak lame berniaga lagi.









kisah kehidupan Sinar Raudah

Tuesday, June 19, 2012

Scammer online terbaru bernama Jason , minta anda semua berhati-hati



Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari nie blog aku dah boleh buka setelah beberapa hari di block... tak tahu apa sebabnya , bila nak log in je akan keluar amaran.. Gelabah juga la! Tapi aku biarkan saja , at last boleh buka juga.... Nak post pasal birthday aku baru nie pun x leh , sebab tu bila ada blogger buat entry aku x leh komen pape huhu.  sedis! anyway thanks kepada blogger citarasa rinduan di atas entry TERSEBUT.

Ok untuk post hari nie aku nak kongsikan dengan uollsss berkenaan dengan satu lagi penipuan online. Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan online berlaku. Mengapa ianya boleh berlaku. Siapakah yang harus di persalahkan dalam hal ini... tepuk dada tanya la diri???

Perkara sebegini berlaku di sebabkan keghairahan dan keterujaan pembeli itu sendiri yang terpengaruh dengan harga yang di tawarkan oleh penjual , di mana harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran dan seller lain.. Pembeli juga tidak mempunyai asas pengetahuan membeli secara online dan tidak membuat analisa atau research sebelum membeli Online produk sehingga mengabaikan aspek keselamatan dan ketelusan semasa urusniaga online.Kebiasaannya ia berlaku pada pembeli yang tidak mempunyai masa untuk pergi mencari sendiri produk di pasaran. Ini adalah salah satu kelemahan pembeli dan menjadi target utama kepada Scammer..

Serius aku betul² x faham , kes sebegini dah semakin berleluasa tapi kenapa tiada pihak yang mengambil serius berkenaan hal tersebut. Di sebabkan tiada tindakkan undang² la , penipu semakin berani melakukan aktiviti mereka... Bahkan mereka akan lebih giat melakukan kerja menipu kerana bagi mereka tiada sapa yang dapat menghidu aktiviti mereka..

Biasanya laman sosial seperti Facebook di jadikan tempat yang paling mudah dan praktikal untuk menipu mangsa² yang naif. Ini adalah antara kompilasi screenshot aduan penipuan yang di ambil daripada beberapa posts di Laman Facebook. Kesahihan penipuan benar² berlaku tidak dapat dipastikan namun eloklah kita berwaspada sebelum terkena.

Kepada anda yang membaca post ini , minta jasa baik anda semua untuk kongsikan bersama di laman sosial anda agar tidak akan ada lagi mangsa yang tertipu selepas ini..Berhati²lah dalam urusniaga Jual/Beli online, belilah daripada mereka yang mempunyai track rekod yang bersih dan mempunyai testimoni jual beli dan telah terbukti jujur dalam menjalankan perniagaan online. Jangan kerana terlalu inginkan harga yang murah akhirnya anda di tipu.



Scammer terbaru!!!

Karen, Danial, Kedai Samsung, Jason kedai gadget II
di syaki adalah individu yang sama ..lepas ni x mustahil dia akan create nama 
dan akaun yang baru ..

Scammer yang masih bebas di luar sana
Syarifah Nurzaihan Syed fisol


Dunia akhir zaman bukan setakat lelaki saja yang pandai menipu tetapi perempuan juga. terbaru ada 3 orang pelajar IPA tertipu dengan seller wanita yang di anggarkan kerugian sebanyak RM600 x 3 orang.. seminggu saje pendapatan dorang RM1800..Itu baru seminggu dan target 3 orang cuba bayangkan kalau lebih daripada itu. Kita nak mencari RM1800 tue pun punya la payah , sebulan punya penat lelah bekerja baru dapat taw.. So anda..anda semua fikir²kanlah , buka mata dan minda anda sebelum membeli sesuatu barang di online...








kisah kehidupan Sinar Raudah

Wednesday, June 13, 2012

10 Carian Terhangat Google Malaysia 1-6 Jun 2012


Jom kita lihat ! tempat pertama carian terhangat Google Malaysia 
dari 1 Jun 2012 hingga 6 Jun 2012








kisah kehidupan Sinar Raudah

Wordless Wednesday : Dulu x pandai jaga tapi sekarang dah pandai jaga



Dulu x pandai jaga muka dengan jerawatnya , dengan kulit kusam dan berminyaknya.. 
nampak macam x terurus je tapi sekarang bila dah jual produk kecantikan , dah pandai cari produk yang sesuai , wajah dah nampak lebih terurus...

Jommm lihat produk yang saya jual di SINI...
















kisah kehidupan Sinar Raudah

Tuesday, June 12, 2012

Blogger Muhd Adnan gila seks apa??




Siapakan Muhd Adnan ini?? Adakah beliau merupakan seorang blogger atau beliau sengaja create satu akaun semata² nak kasi panas line dekat sini. Serius x faham dowh! First komen , bagi aku mungkin dia sedang mencari sesuatu tapi bila ada komen kedua ,ketiga dan seterusnya..rasa lain macam pulak! Tambahan semua komennya dari entry 18 sx.. 

Actually post tue sekadar untuk menambah pengetahuan je tapi bukan untuk anda mengambil kesempatan! Tiada layanan seks di sini.. Hormati belog saya.. Di sini hanya tempat mencari info tapi bukan tempat nak bertanya mengenai seks.. Kalau nak tahu tanya la orang yang lebih arif seperti pakar bahagian lelaki...

Dulu orang guna anonymous untuk menutup identiti sebenar tapi sekarang ni orang boleh buat akaun sendiri hanya untuk komen bagai.. Aku cuba buka blog tersebut tapi ia sengaja di privatekan dan kalau lihat blog tersebut seperti di gunakan untuk komen di blog orang lain sahaja...

Pelik la, ada pulak masa dia buat semua nie ye! 

Note: Jangan buang masa anda di sini , setiap komen anda saya tidak akan teragak² mendeletenya.. ini baru sebahagian komen anda yang saya paparkan di sini...

Sekian.....









kisah kehidupan Sinar Raudah

Monday, June 11, 2012

MAAF! Saya tarik balik berita , Osman kering masih bernyawa



Berita Terkini  

Saya tarik balik berita.. Berita terbaru di beritahu anak Osman Kering mengesahkan dia tiada nadi semasa di rumah, tetapi doktor di HUKM berjaya revive nadinya. Kemaskini terbaru, Osman Kering kini berada dalam keadaan kritikal di ICU HUKM. Doakan kesihatannya.

Subahanallah indah sungguh kuasa Allah








kisah kehidupan Sinar Raudah

Puteri Caroline juara Mentor ke 6 dan Najua Nasir kena lebih berhati-hati keluarkan statement


Assalammualaikum...

Tahniah kepada Puteri Caroline yang telah menang Mentor 6 dan tahniah juga kepada  mentornya  Ella yang telah pun merangkul gelaran juara Mentor 6 semalam. Seperti yang di jangkakan , Caroline pasti akan menjadi juara Mentor 6 berikutan persembahannya malam tadi memang super mantap.


Tahniah juga kepada Zatul protege kepada Kak Ogy yang dapat tempat ke 2.. Manakala Anaz protege Faizal Tahir dapat tempat ke 3..Bagi pusingan protege yang tak terpilih tapi buat persembahan semalam di menangi oleh Najua Nasir iaitu cucu kepada Tan Sri P. Ramlee. Tahniah semua..


Bercerita mengenai protege yang tak terpilih tapi buat persembahan semalam iaitu Najua Nasir , aku tidak setuju sama sekali dengan apa yang cuba di sampaikan olehnya.Statement yang mengatakan "Mugkin arwah ayah dan atok saya akan tersenyum di sana bila lihat dia buat persembahan".. serius aku sangat terkejut , masakan arwah ayah dan atok akan tersenyum sedangkan beliau hanya menyanyi di atas pentas tanpa menyumbangkan apa² kepada mereka di sana.. Lainlah kalau beliau masuk Tilawah Al-Quran ke ,  itu barulah boleh di banggakan dan mengembirakan arwah di sana..


Maaf sekiranya ada yang kurang setuju dengan apa yang cuba aku sampaikan ini. Mungkin boleh di terima bagi golongan dewasa tapi tidak bagi anak remaja yang sedang meningkat dewasa..Buktinya , gara² post aku di fb semalam , hari ini aku terima mesej dari orang yang tidak di kenali menyuarakan rasa tidak puas hatinya..


Hrmmm..Aku bukan nak busy body tapi aku memang x setuju. X ada apa yang perlu di banggakan. Jangan la terlalu nak mengejar nama di dunia sehingga terlupa di akhirat.so renung²kan la..

Note : x sempat nak reply mesej ni kerana tuan yang menghantar mesej tersebut dah block saya... huhu!









kisah kehidupan Sinar Raudah

Thursday, June 7, 2012

Macam terdesak sangat sampai nak menipu dan menyusahkan keje aku



Assalammualaikum..

Mood aku pagi ni memang x baik.. Hari ke 3 demam dan badan masih rasa sakit² lagi. Bukan aku moody kerana demam tapi moody kerana ada orang saja cari pasal dengan aku. Ya Allah kenapa la masih ada lagi manusia macam nie dalam dunia nie.Sedih betul la!

Kalau aku sihat x pe la kau menyusahkan keje aku , ni kita betul² x sihat time nie la nak bergurau kasarnya.. Nie bukan bergurau kasar lagi tapi saja ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Kalau ia pun terdesak bukan ini caranya. Atau kau memang dah terbiasa buat keje macam nie. SIAL betul la!

Aku x akan angin satu badan kalau orang x kacau aku , x menyusahkan keje aku..tapi aku cukup pantang kalau orang MENIPU dan tak JUJUR. Benda yang x ada di ada²kan.. X rasa bersalah ke.. x rasa malu ke.. kalau ia pun kemaruk nak sangat , usaha la untuk dapatkan dengan jalan yang betul tapi bukan dengan cuba menipu orang..

Semua ini berlaku gara² duit masuk ke akaun aku tapi tidak tahu siapa tuannya. Di sebabkan aku betul² x larat nak mesej sorang² bertanyakan status duit tersebut maka aku postkan di wall FB.. niat aku pun sebab x nak melambatkan penghantaran. Sekiranya aku tidak tahu siapa tuan empunya duit tersebut , macam mane aku nak buat penghantaran.

Pagi nie aku terima mesej. Mesej tersebut mengaku itu duitnya. Bila aku tanya status barang yang di order dan akaun mane yang di transfer, dia jawab Iphone 3gs & samsung note , akaun cimb. Perghhhh!!! tak teragak dia nak kencing aku.Mentang² la semalam aku dah post , dengan confident la dia jawab. Tapi mujur juga semalam aku highlightkan time transfer , so bila aku tanya balik masa dia jawab pukul 1. Agak pelik sebab x sama dengan masa yang tercatat di akaun aku.Last aku minta dia attchkan aku slip pembayaran , dia jawab ok..Aku check balik dekat email dan semua laman sosial aku , hampeh memang x de...

Perkataan kelmarin tu biasanya di gunakan oleh orang mane??
kita boleh fikir secara logikkan..
kalau orang kita akan sebut semalam tapi bukan kelmarin 
kalau kelmarin means dua hari lepas
hoohoho! kantoi sudah...


Kau kalau ia pun nak kencing agak² la , dekat 2 ribu lebih tue tapi sayangnya jumlah amount yang ada dalam akaun aku tidak mencukupi untuk membeli dua hp tersebut. So banyak petunjuk yang menunjukkan kau cuba nak menipu.Lagi bertambah yakin bila tuan empunya diri tampil menunjukkan bukti pembayaran. Alhamdulillah bersyukur dan lega sangat , di saat aku memerlukan keadilan akhirnya Allah berikan kebenaran.. Setelah semuanya terjawab baru aku tahu , orang yang mesej aku itu cuba untuk menipu aku.

Sayang sekali sepandai² kau , ada juga kebodohannya..sekarang kau sendiri terjerat kan. Jangan salahkan aku kerana kau sendiri yang nak jadi begini...

Note: Tahun lepas aku dah pernah kena tipu hampir 10k , so aku memang lebih berhati² sekarang. dan kerana pengalaman lame aku gunakan setiap sumber yang ada untuk trace no telifon tersebut.Alhamdulillah berhasil.. so tuan empunya no bersiap sedialah anda ye...





kisah kehidupan Sinar Raudah

Wednesday, June 6, 2012

Peristiwa lucu yang tak masuk akal


Assalammualaikum...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya segala urusan dan tugasan dapat di laksanakan dengan sempurna..Seminggu aku tiada rehat yang cukup , tido sejam dua saja tapi alhamdulillah dalam tempoh itu aku masih mampu siapkan segalanya.. Sekembalinya aku di rumah , baru Allah hadirkan kesakitan pada ku. Now masa untuk aku berehat pula...

Dalam berehat hati aku memberontak nak mengemaskini blog. Maka aku gagahkan diri untuk update entri ini. Asyik tido je badan pun jadi lemah. Demam urat faham² la , semua rasa x kena. Last telan ubat selsema terus hanyut di buai mimpi huhuhu!

Actually aku nak share dengan uolllsss beberapa peristiwa yang agak melucukan. Kalau dengar bunyi macam x masuk akal tapi itulah hakikatnya.. Bermula pada hari pernikahan kekanda aku. Specialnya majlis ini , abang aku bernikah di atas kerusi duduk beserta dengan meja..Rombongan kami terpaksa berdiri untuk menyaksikan majlis akad nikah tersebut. Sebelum majlis berlangsung , tok kadi ada beri sedikit kutbah nikah. Aku ni dah la x cukup tido jadi macam blurr² sikit.Tapi dalam blurr² tue nak juga menyampuk.

Uollllsss bayangkan , masa majlis berlangsung bonda menghampiran kekanda , boleh pulak aku cakap dekat bonda.. ma jangan rapat nanti batal air sembahyang.. sekali ada suara membetulkan balik , ibu dan anak tidak batal air sembahyang .. Ya Allah malunya camner la aku leh cakap camtue..Second masa tengah kutbah , tok kadi bertanya bulan ini bulan rejab , selepas rejab bulan apa??  Dengan confident aku jawab Ramadhonnnn.. ketawa semua orang sambil berkata excited sangat nak puasa, sampai saaban dengan ramadahan pun tertukar.... Aku buat muka blurrr hahahahahaha......

Ketiga kejadian balik ke Kota Bharu.. Pagi isnin tue selepas sembahyang suboh aku terus kemas apa yang patut.Sempat la jugak mengemas dapur dan masak sarapan pagi.Time tu dah rasa badan x berapa sihat , tekak dah perit sangat. Sepanjang perjalanan aku tido je dalam kereta.

Berlaku kemalangan kecil di simpang kati. Kereta FIL bertemu dengan motor tapi mujur budak motor tu x ada apa²..Sampai di Gerik , kami berhenti isi minyak dan ke toilet. Dalam kereta FIL ada 3 orang iaitu FIL , MIL dan aunty hubby.. Manakala kereta aku just kami berdua sahaja...

Selepas selesai kami pun naik kereta dan meneruskan perjalanan.Separuh jalan kami perasan kereta FIL berhenti ke tepi , kami sangkakan FIL menunggu kami tapi sampai di depan still x muncul juga kereta. Hubby x sedap hati terus call , sekali FIL bagitahu aunty hubby tertinggal dekat stesyen minyak tadi...pecah perut kami ketawa..camner la leh tertinggal hahahahaha!

Masa ambil aunty dia dah siap bertanya orang nak tumpang.Ye la dengan x de duit , dengan hp x de.. nak call no lak x hingat..Mujur la FIL tersedar dia x de di belakang , kalau x kes nanya OW.....buatnya sampai kelantan baru tersedar , mau meroyan aunty..handbag dalam kereta , dia just berlenggang ke toilet.. Sian dia mesti serik pasni... Kalau jadi kat aku pun , aku panik! pelik tapi benar..







kisah kehidupan Sinar Raudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger