Wednesday, September 12, 2012

Syukur alhamdulillah, akhirnya...


Assalammualaikum w.b.t

Hai la blog, apa la akan jadi pada kau nanti. Semakin hari, semakin malas nak update.. Mood berblogging dah lame tiada dalam diri. Nak di buang sayang, nak kembali aktif, waktu pula terbatas...Blog rakan-rakan dah lame x singgah. Entahkan ada entahkan tidak orang nak baca blog aku nie.. hu hu! kalau x ada, kira kes syok sendiri la nie ha ha ha.. Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah dan baca blog berhabuk aku nie, walaupun x seramai dulu tapi tetap bersyukur..

Actually aku happy sangat hari nie coz apa yang aku cari dah dapat. Sebelum nie aku cari kat area sini x jumpa. Lastnya aku kirim pada adik ipar dan biras untuk membelinya..Nak tahu apa dia.. Ha! Ianya something yang sangat berharga buat aku. Bila pertama kali terdetik di hati aku untuk mengetahui tentangnya.. aku terus jatuh cinta. Really love it!

Jatuh cinta yang aku maksudkan adalah jatuh cinta pada sebuah buku.. Buku yang sangat bermakna dan berharga bagi aku. Sejak aku membaca buku nie, aku rasa lebih dekat padaNya.. dekat dengan maha pencipta ku..

Semuanya bermula dari perbualan biasa sehinggalah terkeluar cerita mengenai buku tersebut. Masa mula-mula membacanya, aku tak ada rasa apa-apa pun melainkan perasaan ingin tahu. Bila dah beberapa hari, baru aku dapat rasakan satu perasaan yang aku sendiri x tahu nak ungkapkan. perasaan yang bercampur baur , takut , sedih , semua ada..

Sejak dari itu, aku cuba praktikkan ia dalam kehidupan aku. Alhamdulillah ia sesuatu yang cukup menenangkan jiwa, buat aku sentiasa ingat dan dekat padaNya.Kalau sebelum nie, selepas solat aku terus melakukan kerja lain tapi tidak lagi sekarang. En.hubby pun begitu selepas solat kita akan adakan satu majlis kecil yang di panggil majlis taklim. En.hubby akan membacakan buku tersebut dengan lantangnya.. Di ulang beberapa kali supaya ianya masuk ke dalam jiwa kami. Serius ia sesuatu yang sangat luar biasa...

Mungkin yang sering melakukannya, ia sesuatu yang biasa tapi tidak bagi aku yang baru ni. Aku sangat teruja sehinggakan setiap waktu yang ada , aku akan habiskan dengan membaca buku tersebut. Malah kalau setiap hari en.hubby adakan majlis taklim pun aku x kisah, aku suka sangat.

Inilah buku yang di cari...

Yang ini pula, buku yang saya baca sekarang.. 
Really love it!




Note# Teringin sangat nak mengikuti majlis taklim di luar rumah pulak! moga satu hari nanti ianya menjadi satu kenyatan..~ amin




kisah kehidupan Sinar Raudah

5 comments:

kakcik said...

Alhamdulillah :)

Pearl Kaz said...

Buku fadhilat amal dah versi baru? Cantik la plak.. hihi. saya punye warna biru. kalo tak silap, tahun 2008 kwn hadiahkan. Tp, sbb sy tak reti bahagikan masa, setakat 2 or 3 topik je saya baca (dr mula dpt sampai skrg).. mungkin sy pun patut mula baca balik... T_T

Amy Syaquena said...

@Pearl Kaz Amy baru baca yang biru.. sebelum ni sama macam awak x de masa nak baca buku, tapi sejak dah mula baca buku.. setiap masih terluang akan saya gunakan untuk membaca buku nie.. seronok banyak ilmu baru yang saya pelajari....

Anum said...

alhamdullilah

Zura@Iwan said...

alhamdulillah...

hye amy..lama x nmpk...

smoga amy sihat sll..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger