Monday, February 27, 2012

Bekerjalah seolah² kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seakan² kita akan mati pada esok hari



Setiap waktu kita akan merasa takut akan kematian sesuatu yang kita sayangi.. Ia merangkumi semua perkara..ayah, ibu, adik², keluarga, rakan, kekasih dan sahabat.. tidak kurang haiwan kesayangan dan ternakan..

Apabila hati terkenang tentang " yang hidup pasti akan mati", kita akan merasa gelisah kerana takut akan kehilangan insan² yang kita sayangi..tetapi, dalam sedar atau tidak, harus kita tahu..mati itu, tidak bermakna 'terpisah'..Ia mungkin hanya satu jarak yang menemukan kita dalam batas² kerinduan dan ia mungkin juga salah satu cara ALLAH untuk menguji kesetiaan dan juga ingin lebih mengeratkan ikatan antara makhluk²Nya..

Suatu saat kita terfikir bahawa kita telah diuji melebihi had kemampuan kita apabila ALLAH mengambil sesuatu yang kita sayang dari dalam pangkuan kemesraann diri. Namun, sebenarnya ALLAH lebih sayangkan dia.. dan ingin kita yakini bahawa perpisahan itu adalah demi mengeratkan lagi ikatan kita dengan sesuatu yang DIA lebih sayangi itu..

Seharusnya tidak usahlah kita mengeluh andai terpaksa menerima sesuatu takdir yang begitu menyedihkan.. dan percayalah.. Allah ingin kita lebih dekat dgnNya.. agar kita lebih tahu akan kehadiran DIA disisi kita tanpa pernah leka dan terlelap walau sedetik pun..

Dan satu keyakinan yang DIA mahu kita buktikan.. iaitu, meletakkan CINTA yang sebenar dari seluruh hati kita untuk mencintaiNYA lebih dari cinta yang lain..kerana selagi kita bergantung dengan cinta yang akan mati, kita akan sentiasa takut akan kematiannya.. maka, cintailah CINTA yang tidak akan pernah mati.. kerana dengan CINTA itulah, cinta kita akan terus hidup untuk sekalian alam.. walaupun selepas kita hilang dari pandangan mata insani.. walaupun selepas tiada lagi degupan yang berdetak dialiran nadi..


Belief without rational is blind
Rational without belief was empty
ALLAH is never wrong.


Note: Peringatan untuk diri ku juga..




kisah kehidupan Sinar Raudah

6 comments:

Cik Rose Cute said...

betul tue amy...Cik rose LIKE hihihi

LiErOSe~QiEmi said...

selalu jugak terfikir.. klu hb pergi dulu camne nak teruskan hdp dan klu bunga pegi dulu... mcmana hb & anak2 nak teruskan hdp... takottt tak tabah je...

eima said...

aku penah alaminye dulu tp aku rasa aku tak snggup klu kehilangan suami dan anak2 .....semua ni belum tercapai akal ku lagi ....

ieda said...

TQ sharing dik
insyaallahhh ;)

KhaiRin : anies said...

tp kite ni manusia..kdg kala tertewas jg dek perasaan

echa takashimaya said...

subhanallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger