Wednesday, January 25, 2012

Tips menjaga hati suami




1. Fahamilah perasaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan cuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah²kannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara² yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tunjukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan. Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Menghormati diri sendiri. Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga. Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.







kisah kehidupan Sinar Raudah

8 comments:

KhaiRin - anies said...

gud tips!
tq 4 sharing!

zulkbo said...

salam..
nice TIPS..
moga menjadi isteri yang
setia dan solehah :)

Panglima7 said...

Benar, Panglima setuju tu....

AR-Mujahid said...

Terima kasih atas perkongsian. mmg hebat.. insyaallah jika ada kelapangan akan saya balas semula atas tajuk yang sama. teruskan !!

Entri Terbaru Saya:
Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

Peri PiA said...

thanks for the lovely tips dear

Lya Colours said...

good info kak =)

♥cmª shIemª♥ said...

salam amy..tq for sharing the tips!

ozzy said...

Tips yang bagus & keyword yg bagus hehe..
dan satu lagi yg paling penting adalah membina persefahaman atau keserasian dan mengekalkannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger