Thursday, October 6, 2011

Tips : Cara menghadapi pertengkaran dalam sesebuah rumahtangga

Selamat petang..

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.




kisah kehidupan Sinar Raudah

16 comments:

eMMe said...

mmg biasa bertengkar tengkar kami... boleh mengeratkan hubungan sebenarnya...tapi jgn la over bertengkar, mmg sakit pun over la, hehehe....

Bardboo said...

kena bincang elok2 kalau ada benda yg x puas hati..

mamaNoriz said...

kadang2 suka bertengkar main2 sbb ia ibarat gurauan, tpi sekadar berseloroh je sbb klu jadi besar mmg naya kan..

paling malu klu jadi depan anak...

CIK TOM said...

ciktom xpernah kawin lg..tp tips ni mmg bagus utk yg dh berkeluarga..yg pntg kn ada sifat tolenrasi kan amy..hee


amy..thanks tau bg kad raya kat ciktom...ciktom br tau ms raya aritu yg dpt kad raya..xdpt nak balas...blh x amy bagi alamat umah amy kat email cik tom; fyrus_22@yahoo.com

Nens Collection said...

kdg2 malas nk bergaduh2..buat sakit ati je..nak2 kalo duduk ngn mertua..saborr jela...

ratusiput said...

betul.sokong.plg pntg komunikasi :)

Asrul "iLham" Sany said...

gaduh2 ni menakotkan...

cheqna said...

kalau ada msalah...bincang..jangan lari dari masalah..
yang penting komunikasi berkesan...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

yg penting kena berbincang elok2..

diana said...

bertengkar memang bagus..]
tapi kena pandai kawal emosi..
bila tak kawal tu yang dia jadi payah sikit...

atuk said...

Assalamualaikum Amy

asam garam kehidupan suami isteri

Wassalam

zahidah seran said...

tak suka bertengkar...

Chik Att said...

banyak2 berdoa ...InsyaAllah tiada pertengkaran di dalam rumahtangga

Myra Jay said...

Kami bila bertegang urat masih mengekalkan panggilan 'abang' dan 'sayang' :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sokong....

Peri PiA said...

same dgn Myra Jay,salam kenal ;)

kalau time gado pon kami still guna perkataan "sayang"

sedangkan lidah lagi tergigit,kena byk sabar tolak ansur.kadang2 mangalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger