Monday, March 28, 2011

Si miskin yang tidak pernah bersyukur dan si kaya yang sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t


Satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama..

Nabi Musa a.s. memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskin , pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar.

Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.




kisah kehidupan Sinar Raudah

21 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..kita perlu bersyukur dengan apa yang ada sekarang..nafas kita sekarang ini adalah sebesar-besar nikmat yang Allah SWT kurniakan

d_tieah said...

Huhuhu.. Walau macam manapun kita mesti bersyukur kan.. Ngee :)

Entry Terbaru : Mengapa Isnin Dibenci???

Rozali said...

Assalamualaikum Amy

sudah la miskin didunia, miskin pula diakhirat, nauzubillah...oleh kerana tidak bersyukur

Wassalam

Daddy Ziyyad said...

Betul tu..kita melihat harta kekayaan sebagai rezekiNya..padahal nikmat rezeki dalam bentuk kesihatan, kelapangan masa, tu semua kita terlepas pandang

Zaidah said...

alhamdulillah....kita perlu bersyukur sekurang2nyer kita masih lagi bleh melihat matahari...jadiklah manusia yang selalu bersyukur...

nurkass said...

nauzubillah..
semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehnya..amin..

thanks for sharing..sihat ke amy..

Lya Colours said...

cerita yg baik untuk pembukaan monday yg gloomy. huhu

aanie said...

nice sharing...itulah pentingnya bersyukur atas nikmatNya...

munna said...

bersukurlah kita dengan semua nikmat yang Allah berikan kita selama ini... tkut juga klu jadi yg macam org miskin tu nanti...

Peri PiA said...

semoga kita lebih bersyukur ;)

kakchik@ella said...

brsyukur lah kita atas tiap anugerah dn nikmat kurniaanNya.

sissyira said...

salam

syukur itu amat penting...

me suya said...

Alhamdulillah..
Syukur dgn segalanya.. Thanx kak share this~

ytekecik said...

Saya pun sbagai hamba Allah selalu lupa untuk sentiasa bersyukur ngan nikmat yang ada.. kadang2 rasa nak ngis pun ada bila kenangkan diri ini yang sentiasa lupa pada asal usul.. tapi alhamdulillah Allah masih membuka hati ini untuk BERSYUKUR....

bunga said...

bunga suker citer2 cam ni..kadang2 dia beri kita satu kesedaran tanpa diduga..tq sis..perkongsian yang bagus..

jadi kita kena bersyukur dengan segala yang telah kita ada..terasa diri ini keldil..

ieda said...

alhamdulillah .. kalau selalu bersyukur x akan jadi begitu .. pengajaran yg amat bermakna ..
thanx dik sudi sharing ini :))

niesz said...

tgn yg memberi tu adalah lebih baik dr tgn yg menerima.. :)

azwa_amani said...

salam akak...hehehe..sorie, adik,busy skit sebab dah last2 sem ni kan..banyak projek kena siapkan..tajuk lagu tu..amani-nyanyian amar :)

Amirrah Zawani said...

kena selalu bersyukur lah kan :)

lalink7 said...

syukur dengan segala rahmat dari-Nya..semoga beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat =))

ozzy said...

Assalam..

Sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pada kita & berterima kasih atas kurniannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger