Monday, March 7, 2011

Khas buat suamiku tercinta ' Selamat Hari Lahir Sayang'


Entri ini agak jiwang! Khas buat cinta hati aku AMIRUL RIDZUAN. Jadi bagi yang rasa ada sedikit loya nak muntah tue , sila tekan X ye ! Cepat-cepat beredar dari sini sebelum semakin parah. Tapi kalau ada yang rasa boleh tahan , sila teruskan pembacaan anda! Terima kasih....


Sayang tiada kata seindah bahasa yang mampu aku katakan dan tiada puisi puitis yang boleh aku titipkan melainkan ucapan Selamat Hari Lahir Sayang. Pejam celik pejam celik usia mu sudah memasuki 3 siri dan begitu cepat masa berlalu serta hubungan kita semakin meningkat usianya.Saat aku mengenali diri mu jiwa ku kosong tanpa arah. Engkaulah lilin dan engkaulah cahaya. Engkau juga semangat ku dan segalanya dalam hidup ku. Tiada galang gantinya tempat mu di hati ku.Hanya allah tempat kita mengadu untuk mengukuhkan hubungan kita semoga hidup kita di berkati olehNya.

Di sisih tidak di buang jauh sekali. Merana tidak menagis pun tidak. Susahnya kita bersama , senang apatah lagi. Mengharungi kepayahan itu indah. Menikmati kesenangan itu bahagia. Merasai kesakitan kita bersama , mengharunginya kita tabah.Masa itu berjalan terus.Tidak berundur walaupun seminit.Menghayati detik masa yang berlalu , pastinya kita harus menghargainya.Atas nama ikatan yang suci , atas nama sebuah perhubungan semoga kita terus di berkati. Andai di beri bintang seribu. Andai di hadiahkan intan permata , aku hanya memilih diri mu tiada dua , tiga dan empat.Hanya diri mu seorang dalam di hati ku.

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usiamu. Ku doakan moga pertambahan usia ini meningkatkan kematangan kita bersama. Terus terang aku katakan , di kaulah anugerah terbaik yang Allah berikan kepada ku.Tidak pernah ku terima anugerah sebaik mu. Kehadiranmu memberikan kekuatakn kepada diri ku.Waktu susah engkaulah semangat ku , waktu senang engkaulah komediku.Akhir kata buat suami ku yang ku cintai dan sayangi , Selamat Hari Lahir yang ke 30. Semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna dengan kehadiran cahaya mata yang kita nanti-nantikan.

Selagi jasad ini bernafas , selagi itu cintaku padamu akan bersama. Walaupun tiada harta berjuta tapi diri mu dalam hati ini sebagai suami yang pertama dan terakhir. Amin!




kisah kehidupan Sinar Raudah

33 comments:

ibuintan said...

so sweet...

hepi besday buat suami Amy, semoga sihat. bahagia dan dilimpahi rezeki yang berterusan

sissyira said...

salam

syira terharu ketika membacanya...aku juga ingin mencintainya sedalam ini..

AZANI said...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Amirul Ridzuan
Allah selamatkan kamu

moga dipanjangkan umur, dimrahkan rezeki.

munna said...

happy birthday buat abang Amy... semoga berbahagian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

mamaaedrean said...

many happy returns of the day....
my best wish... semoga berbahagia selalu :)

eelobor said...

selamat hari lahir buat en.suami amy tuh. semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya..

Kakzakie said...

Adinda Amirul... kakak datang menumpang Sinar Raudah kerana mahu menitip kata "Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 30". Panjang lagi perjalanan yg perlu dilalui. Semoga mampu menjadi yg terbaik dalam melayari hidup bersama insan bernama Amy Syaquena.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

selamat hari lahir utk suami awak..semoga kalian berdua terus berbahagia sehingga ke akhir hayat..

p/s: kami sebaya la..saya pun bakal jejak angka 30 tahun nie :-)

d_tieah said...

Rasa nak nagis pun ade! *Adoi..
So sweet ok..
Huhuhu.. Sekali sekala buat entry layan perasaan ok jugak kan..
Happy birthday jugak buat suami akak ek..
Semoga perkahwinan yang dibina hingga hujung nyawa ya.. :)


Entry Terbaru : Cantik Itu Subjektif

Zaidah said...

SELAMAT HARI LAHI YAMG KE 30 UNTUK SUAMI SR...SEMOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI...

JunAina said...

Hepi bufday jugak buat cik abang ya Amy...semoga bahagia bersama hingga hujung nyawa.

walaupun dah masuk 3 siri masih kiut miut...baby face...hahhaaa...habeh la Amy nanti moncung2 k.aina dok puji dia...

Rinna said...

Wahh romantisnyaa..

Epy Besday utk hubby Amy. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..hendaknya.. Amin

kakcik said...

Selamat hario ulangtahun kelahiran buat Amirul Ridzuan - semoga kedewasaan menambahkan keimanan. Sentiasa bahagia dalam dakapan kasih sayang yang dikurnia Tuhan....

Amirrah Zawani said...

Happy birthday utk ur hubby,
semoga kekal bahagia selalu yea :)

NM02 said...

hepi beday 2 yr husband

::FAIZ FARISH:: said...

happy bday utk dia

ieda said...

haaa baru kuar entry nie .. semalam x der kuar punnn

eppy bday buat cinta hati AMY !! ..
semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki .. dikk cinta hati adik nie encemmm lah uikkk :))

bojie_boboy86 said...

hepi besday to your husband....hehehe...

diana said...

amboi..
indahnye..
hehhe

Cma Shiema said...

wahh...sooooo suwet....:)
buat en hubby amy :)
selamat hari lahir ye...

Yasminhamid said...

selamat hari lahir utk suami awak... best la penulisan awak ni..

AngahSayang2314 said...

amy sooo tampan leh macam tue..heheh acah jer...

apa pun epi bufday to en.hubby amy yer.. semoga di beri kesihatan yg sihat walafiat

Sarah Syazwani said...

puitisnyer...selamat hari lahir pada en Amirul ye..semoga panjang umur dan semoga hubungan amy kekal ke akhir hayat

Adinda Amy Sensei said...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KESAYANGAN SIS AMY....SEMOGA DIPANJANGKAN USIA...MURAH REZEKI DAN BAHAGIA SELALU...

SEMOGA BERKEKALAN KEBAHAGIAAN YANG TERCIPTA ANTARA KALIAN BERDUA...HARMONI DALAM SEBUAH KELUARGA YANG CERIA DAN MANIS SELALU..

SALAM DARI SAYA

Panglima7 said...

Kau pertama...
dan terakhir....
diselubungi rasa cinta nan suci...

Ku sirami pohon cinta....
gugur tak lagi berseri kebumi...
lalu tak lagi berseri....

hehehehe.....romantik sungguh bahasamu Amy. Semoga berbahagia hinga ke akhir hayat. aaminn.
Panglima7.

Anonymous said...

Terima Kasih Kepada Semua Yang Wish Hari Jadi Saya Hari Ini. Amat2 Saya Hargai. - Amirul -

ahmad humairi said...

happy birthday to your beloved husband, may Allah saved both of you long live

makdara TERdiva said...

happy befday 2 him..

pesanan buat Amirul Ridzuan..
semoga terus mencintai isteri anda dan semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

azzey said...

Slmt hari lahir untuk your hubby....

ozzy said...

Assalam..

Selamat hari lahir buat suami tercinta..tiada kata seindah bahasa apatah lagi ia diucapkan oleh isteri tersayang.
Semoga panjang umor, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta semoga berbahagia sebagai pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat.

Peri PiA said...

Selamat hari lahir buat EN Amirul

hubby Amy :)

ooo,same bulan rupenya kite

wan nurul hezrina abd halim said...

hepi belatud buffday to ur hubby.semoga pjg umur murah rezeki..may allah bless both of u

niesz said...

besday niesz 8 march..ehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger