Monday, February 27, 2012

Fasha Sanda kahwin bulan nie..



Bulan nie ramai betul artis yang mendirikan rumahtangga..Terbaru penyanyi Ana Rafalli dan pelakon Lisa Surihani..selamat pengantin baru untuk anda berdua..Dua² cantik dan pasangan masing² pun x kurang hensemnya..

Selain Ana dan suami , Lisa dan Yusri.. Dengar khabarnya Fasha Sanda juga adalah salah seorang artis yang bakal mendirikan rumahtangga bulan nie..Wowww!!! terkejut ahkak taw.. tangan dekat bahu mata kebil² hihi..

Aku tahu cerita nie pun dari seorang rakan..Katanya dapat undangan ke majlis tersebut. Majlis yang hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak dan rakan² yang rapat dengannya..Kelassss kau noq dapat gi wedding Fasha...

Last aku tanya la.. aku pun busybody jugak..jangan x tau hahahaha..... majlisnya bila?? hari nie dah 27hb?? pakej perkahwinan amek dengan ko ke noq.. Si polan nie pun jawab..30hb nie..tak delah amek dengan kawan aku..aku ikut kawan aku je noq..dalam pada tue sempat lagi dia cakap kalau ahkak dapat kawen dengan fasha , ahkak sanggup jadi keras noq..ahaks!

Aku pulak jawab Oooooo.. hahahahahaa..taip panjang² menandakan aku ketawa besar..Bukan ke bulan nie ada 29 hari je.. mane datang lagi sehari tue noq..Terus diam , x balas sampai sekarang..Kesian...

Moral of the story: Jangan la kenakan member teruk² , x pasal² dia dapat malu..dah la dia berkobar² nak pergi..x baik taw..


Note: Happy birthday in advance kepada mereka yang menyambut hari kelahiran pada 29hb nie...mesti sambut besar²an kan..ye la 4 tahun sekali , dapat merasa huhu...







kisah kehidupan Sinar Raudah

Bekerjalah seolah² kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seakan² kita akan mati pada esok hari



Setiap waktu kita akan merasa takut akan kematian sesuatu yang kita sayangi.. Ia merangkumi semua perkara..ayah, ibu, adik², keluarga, rakan, kekasih dan sahabat.. tidak kurang haiwan kesayangan dan ternakan..

Apabila hati terkenang tentang " yang hidup pasti akan mati", kita akan merasa gelisah kerana takut akan kehilangan insan² yang kita sayangi..tetapi, dalam sedar atau tidak, harus kita tahu..mati itu, tidak bermakna 'terpisah'..Ia mungkin hanya satu jarak yang menemukan kita dalam batas² kerinduan dan ia mungkin juga salah satu cara ALLAH untuk menguji kesetiaan dan juga ingin lebih mengeratkan ikatan antara makhluk²Nya..

Suatu saat kita terfikir bahawa kita telah diuji melebihi had kemampuan kita apabila ALLAH mengambil sesuatu yang kita sayang dari dalam pangkuan kemesraann diri. Namun, sebenarnya ALLAH lebih sayangkan dia.. dan ingin kita yakini bahawa perpisahan itu adalah demi mengeratkan lagi ikatan kita dengan sesuatu yang DIA lebih sayangi itu..

Seharusnya tidak usahlah kita mengeluh andai terpaksa menerima sesuatu takdir yang begitu menyedihkan.. dan percayalah.. Allah ingin kita lebih dekat dgnNya.. agar kita lebih tahu akan kehadiran DIA disisi kita tanpa pernah leka dan terlelap walau sedetik pun..

Dan satu keyakinan yang DIA mahu kita buktikan.. iaitu, meletakkan CINTA yang sebenar dari seluruh hati kita untuk mencintaiNYA lebih dari cinta yang lain..kerana selagi kita bergantung dengan cinta yang akan mati, kita akan sentiasa takut akan kematiannya.. maka, cintailah CINTA yang tidak akan pernah mati.. kerana dengan CINTA itulah, cinta kita akan terus hidup untuk sekalian alam.. walaupun selepas kita hilang dari pandangan mata insani.. walaupun selepas tiada lagi degupan yang berdetak dialiran nadi..


Belief without rational is blind
Rational without belief was empty
ALLAH is never wrong.


Note: Peringatan untuk diri ku juga..




kisah kehidupan Sinar Raudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger